Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Mengembangkan Perniagaan

Mengembangkan Perniagaan

Sekiranya ingin menjadi seorang yang berjaya dalam lapangan perniagaan, anda mestilah bijak mengambil peluang yang ada dalam dunia perniagaan yang mana peluang-peluang tersebut dapat membantu untuk meningkatkan lagi kejayaan perniagaan tersebut. Peniaga yang bijak akan memerhatikan keperluan semasa masyarakat sekeliling.

  • Mendapatkan Maklumat Mengembangkan Perniagaan
    Sekiranya ingin menjadi seorang yang berjaya dalam lapangan perniagaan, anda mestilah bijak mengambil peluang yang ada dalam dunia perniagaan yang mana peluang-peluang tersebut dapat membantu untuk meningkatkan lagi kejayaan perniagaan tersebut. Peniaga yang bijak akan memerhatikan keperluan semasa masyarakat sekeliling.

    • Merancang atau Memohon Permit Import/Eksport
      Merancang atau Memohon Permit Import/Eksport

      Usahawan perlu membuat perancangan untuk mengembangkan perniagaan ke peringkat global melalui dua (2) kaedah utama iaitu Eksport  atau Import.

      1-  Eksport

      Eksport boleh ditakrifkan sebagai menghantar atau membolehkan penghantaran barangan dan perkhidmatan dari satu negara ke negara lain melalui jalan laut, udara atau darat bagi pengurusan komersial. Eksport merupakan salah satu langkah terbaik untuk mengembangkan perniagaan anda. Antara faedah eksport termasuklah:

      • Meningkatkan sumber pendapatan
      • Mempelbagaikan pasaran dan mengurangkan risiko
      • Meningkatkan daya saing

      Sila layari portal rasmi MATRADE untuk maklumat lanjut mengenai bantuan dan sokongan eksport daripada MATRADE.

      Senarai Perkhidmatan Atas Talian

      • Untuk mendaftar sebagai ahli MATRADE, sila klik di sini 
      • Untuk mengetahui senarai program latihan pengeksport yang dianjurkan oleh MATRADE, sila klik di sini
      • Untuk mengetahui senarai acara perdagangan antarabangsa yang akan disertai oleh MATRADE, sila klik di sini

      Sila rujuk Portal SMEinfo untuk panduan Proses & Prosedur Export.

      2-  Import

      Import bermaksud membeli barang atau perkhidmatan dari negara lain. Suatu import adalah merupakan apa-apa barangan (contohnya satu komoditi) atau perkhidmatan yag dibawa ke dalam sebuah negara dari negara lain di dalam satu kaedah yang disahkan oleh undang-undang, biasanya bagi kegunaan di dalam perdagangan. Import barangan atau perkhidmatan diberikan kepada pelanggan tempatan oleh penghasil. Satu import di dalam negara penerima adalah satu eksport kepada negara penghantar.

      Panduan untuk Proses & Prosedur Import boleh dirujuk ke Portal SMEinfo.

    • Bimbingan Keusahawanan
      Bimbingan Keusahawanan

      1. Institut Keusahawanan Negara (INSKEN)

      • INSKEN Business Coaching (IBC)
        • Sebuah program bimbingan komprehensif dari individu dan tokoh berpengalaman dalam industri. Program ini memberi akses kepada anda untuk belajar dan menimba pengalaman dari tokoh industri selama 4 bulan. Tujuan akhirnya adalah membantu meningkatkan kemahiran anda di samping melonjak pertumbuhan dan prestasi bisnes.

      • Business Enhancement Programme (BEP) 
        • Business Enhancement Programme merupakan inisiatif untuk mengenal pasti bantuan dan juga keperluan yang diperlukan oleh usahawan bagi meningkatkan prestasi bisnes. Kaunselor Bisnes (Biskaunselor) INSKEN akan ditugaskan membimbing usahawan bagi meningkatkan skala perniagaan melalui “Pelan Penambahbaikan Perniagaan Berstruktur” dalam tempoh 4 bulan.

       

    • Program Rantaian Bekalan Perniagaan
      Program Rantaian Bekalan Perniagaan

      Rantaian bekalan adalah sistem yang terdiri daripada setiap individu yang terlibat dalam memastikan produk anda sampai ke tangan pelanggan melalui saluran pengedaran. Ini termasuk proses pengumpulan bahan mentah, pembekal, pengeluar atau pengilang, syarikat pengangkutan, gudang borong, bilik simpanan atau stok dan kerani di meja daftar masuk. Ia juga termasuk tugas dan fungsi yang terlibat dalam pemindahan produk tersebut, seperti kawalan kualiti, pemasaran, perolehan, serta sumber. Pengurusan rantaian bekalan adalah pengurusan produk atau perkhidmatan daripada permulaan hingga kepada pengguna akhir.

      Sebagai panduan (tips) untuk operasi pengurusan sebuah syarikat perniagaan baru, anda perlu menghasilkan produk dengan kos aliran tunai yang paling minima. Proses ini melibatkan penyumberan luar bagi sebahagian besar daripada pengeluaran awal dan ini akan memastikan kos anda kekal berubah.

      Sila layari Laman Web Rasmi SME Corp. Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Program Rantaian Perniagaan (BLing). 

       

      Program Promosi Eksport oleh MATRADE 

      MATRADE membantu meningkatkan kehadiran syarikat-syarikat Malaysia di luar negara serta memperkukuhkan profil syarikat-syarikat Malaysia di pasaran luar negara melalui pelbagai inisiatif promosi dan aktiviti termasuk penyertaan dalam misi perdagangan, misi akselerasi eksport dan penyertaan dalam pameran perdagangan antarabangsa. MATRADE juga menganjurkan program pemadanan perniagaan atau Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) untuk menghubungkan syarikat-syarikat Malaysia dengan pembeli daripada luar negara. 

      Bagi mendapatkan senarai acara perdagangan antarabangsa yang disertai oleh MATRADE, sila klik di sini.

       

      Senarai Perkhidmatan Atas Talian

      • Sila klik di sini untuk mendaftar sebagai ahli MATRADE,
      • Sila klik di sini untuk mengetahui senarai program latihan pengeksport yang dianjurkan oleh MATRADE
    • Penjenamaan Produk/Perkhidmatan
      Penjenamaan Produk/Perkhidmatan

      Penjenamaan merupakan ‘proses’ yang terlibat dalam mencipta nama yang unik dan imej untuk produk dalam minda pengguna, terutamanya melalui kempen pengiklanan dengan tema yang konsisten. Penerangan terperinci mengenai penjenaman boleh dilayari di Laman SMEInfo.

      Jenama  / Cap Dagangan (Trademark)

      Cap Dagangan boleh sebagai perkataan, logo, gambar, nama, huruf, nombor atau kombinasi tersebut. Cap dagangan boleh membezakannya barangan atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pihak-pihak lain. Cap Dagangan merupakan alat pemasaran yang membolehkan pengguna mengenali dan mengaitkan suatu keluaran dengan peniaga tertentu.

      Kepentingan Jenama / Cap Dagangan (Trademark) Ke Atas Produk/Servis

      Keistimewaan pendaftaran harta intelektual didalam cap dagangan adalah melalui penggunaan dalam urusan perniagaan dan disediakan untuk:

      1. Hak Eksklusif – Pemilik cap dagangan berdaftar mendapat hak ekslusif untuk menggunakan cap dagangan berkenaan dalam urusan/perjalanan perdagangan. Pemilik cap dagangan juga berhak mengambil tindakan undang-undang ke atas sesiapa yang mungkin menggunakannya tanpa kebenaran
      2. Bukti sah undang-undang – Sijil pendaftaran yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar menjadi bukti sebagai pemilik yang sah ke atas sesuatu cap dagangan. Bukti ini diterima di mahkamah dan juga pihak penguatkuasaan. Ia juga merupakan dokumen penting untuk membuktikan ‘kesahan’ hak milik cap dagangan dalam urusan pengeksportan barangan ke luar negeri. 

      Sila layari Laman Web Rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) untuk maklumat lanjut.

      Larangan penggunaan cap dagangan pihak lain tanpa kebenaran di bawah kesalahan “Larangan Perihal Dagangan Palsu” di dalam Akta Perihal Dagangan 2011 boleh muat turun di sini.

      Program National Mark of Malaysian Brand

      Di bawah program ini, syarikat-syarikat Malaysia akan dinilai berdasarkan piawaian yang ketat, di mana langkah-langkah pengauditan dan pemantauan dilaksanakan bagi memastikan pematuhan kepada standard kualiti yang ditetapkan. Sekiranya berjaya, produk atau perkhidmatan akan diberi hak keistimewaan untuk menggunakan tanda jenama National Mark of Malaysian Brand untuk tempoh dua tahun. Untuk mengekalkan pensijilan ini, pengauditan dan pemantauan akan dilakukan secara berkala bagi memastikan pematuhan kepada kriteria yang ditetapkan. Pelbagai aktiviti promosi perdagangan turut diadakan bagi membantu mempromosikan produk dan perkhidmatan syarikat yang telah menerima pensijilan National Mark of Malaysian Brand.

      Sila layari Laman National Mark of Malaysian Brand.untuk maklumat lanjut.

      Jenama Malaysia

      Jenama Malaysia dikenali di luar negara kerana berdaya saing, berkualiti dan amat menekankan inovasi. Dari teknologi ke pembuatan, syarikat-syarikat Malaysia mengalu-alukan kerjasama dengan syarikat dan rakan kongsi dari luar negara. Syarikat-syarikat yang berminat untuk meneroka peluang perniagaan baru bersama syarikat-syarikat Malaysia boleh melayari direktori Malaysian Brands di sini.

      Senarai Perkhidmatan Atas Talian

      • Sila klik di sini  untuk mendaftar sebagai ahli MATRADE.
      • Sila klik di sini untuk mengetahui senarai program latihan pengeksport yang dianjurkan oleh MATRADE.
    • Merancang atau Memohon Persijilan
      Merancang atau Memohon Persijilan

      Pensijilan dapat memberi gambaran bahawa organisasi anda imempunyai pengurusan yang berkualiti serta boleh dipercayai serta barangan atau produk yang dihasilkan akan memuaskan hati pengguna. Ini sekaligus dapat memberi imej yang positif terhadap organisasi atau perniagaan tersebut.

      Memohon pengiktirafan sijil juga akan memberikan anda sesuatu yang baru untuk dipelajari dalam menguruskan perniagaan atau organisasi anda . Anda akan memperolehi kemahiran-kemahiran baharu yang berguna untuk perniagaan anda . Ini kerana dalam proses untuk mendapatkan sesuatu pengiktirafan sijil itu, anda akan turut diberikan ilmu tentang bagaimana untuk menguruskan organisasi serta cara untuk menghasilkan produk yang berkualiti.

      Sila layari SMEinfo untuk maklumat lanjut.

    • Menyertai Program Pembangunan
      Menyertai Program Pembangunan

      Sila klik pada pautan di bawah untuk mendapat maklumat lanjut mengenai program-program pembangunan yang disediakan oleh agensi-agensi berkaitan .

      1- Perbadanan Usahawan National Berhad (PUNB)  

      2- Usahawan & Program Pembangunan TERAJU,

      3- Program Pembangunan Pengeksport oleh MATRADE - Ketahui bagaimana anda boleh menyertai program pembangunan pengeksport MATRADE di sini

      4- Pembangunan Usahawan RISDA

      5- Program Usahawan MARA

      6- Pembangunan Usahawan @ Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

      7-  Program Pembangunan PKS di Bawah SME Corp. Malaysia

      1. Akses Pasaran
        • Program Galakan Eksport Bumiputera (GEB) adalah untuk meningkatkan bilangan & membangunkan keupayaan pra-eksport PKS Bumiputera yang berprestasi tinggi & berpotensi untuk pasaran eksport dan mewujudkan rantaian bekalan domestik di kalangan PKS Bumiputera.
        • Program Rantaian Perniagaan (BLing) adalah bertujuan untuk mewujudkan hubungan antara PKS dengan syarikat-syarikat besar, syarikat multinasional dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dengan menyediakan peluang rantaian perniagaan melalui sesi padanan perniagaan

       

      ii. Pembangunan  Kapasiti

      • Program Pementoran PKS, program selama dua hari ini menawarkan peluang kepada PKS untuk berkongsi, meneroka dan meningkatkan pengetahuan mengenai cara-cara menambahbaik prestasi perniagaan agar dapat bersaing di pasaran global. Borang permohonan boleh didapati di sini.
      • Skim Kapasiti & Keupayaan PKS adalah merupakan skim bersepadu bagi meningkatkan keupayaan PKS menerusi khidmat nasihat perniagaan dan bantuan kewangan (BAP) 
    • Francais
      Francais

      Francais adalah kaedah pemasaran dan pengedaran bagi meluaskan perniagaan berdasarkan hubungan dua pihak; iaitu francaisor (syarikat pemilik dan pemberi hak francais) dan francaisi (syarikat penerima hak francais) melalui perhubungan perlesenan. 

      Ia adalah perniagaan di mana francaisor memberi kebenaran, hak atau keistimewaan kepada francaisi untuk menjalankan perniagaan mengikut tatacara, jenama, model dan operasi perniagaan yang ditentukan dalam jangkamasa tertentu dan pada lokasi yang ditentukan oleh francaisor.

      Sila layari Portal SMEinfo untuk maklumat lanjut.

    • Skim Kepentingan
      Skim Kepentingan

      Skim Kepentingan merupakan aktiviti pengumpulan dana oleh entiti perundangan yang dikawal selia oleh SSM bagi tujuan mengembangkan perniagaan / aktiviti berorientasikan keuntungan melalui Akta Skim Kepentingan 2016 (ASK2016).

      “Skim Kepentingan" bermaksud pengumpulan wang daripada orang ramai oleh pihak syarikat untuk menjalankan skim dan telah dijanjikan "satu kepentingan" dalam skim syarikat tersebut. 

      “Kepentingan" yang dimaksudkan termasuk kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan, keuntungan atau pulangan, bergantung kepada jenis skim tersebut.

      Skim kepentingan meliputi 2 bentuk skim yang menawarkan peluang pemilikan aset dan penjanaan keuntungan seperti berikut:

      1. Skim pemilikan aset alternatif:
        a. Skim keahlian rekreasi: Kelab golf, kelab rekreasi & kelab marina.
        b. Skim Kongsi-masa: Penginapan bagi rumah peranginan & residensi percutian.
        c. Skim pelaburan untuk pemilikan aset : Taman memorial.
      1. Skim pelaburan dengan pulangan kewangan:
        a. Skim kongsi-tani: melabur dalam skim pertanian & skim ternakan bagi tujuan perdagangan.
        b. Skim kongsi-niaga: melabur di dalam perniagaan tertentu di mana pelabur tidak terlibat di dalam pengurusan harian perniagaan seperti skim sewaan peralatan ICT/dobi.
        c. Skim hartanah: pembeli menjangkakan keuntungan daripada penjualan hartanah oleh syarikat pengurusan.

      1. Skim Hibrid - Gabungan mana-mana skim sama ada skim pemilikan aset alternatif dan skim pelaburan dengan pulangan kewangan.


      GOLONGAN SASAR SKIM KEPENTINGAN

      Golongan sasar skim kepentingan ialah syarikat. Skim kepentingan merupakan satu kaedah alternatif bagi syarikat yang sedang meningkat naik untuk mengumpul dana bagi mengembangkan perniagaan. Skim kepentingan berupaya menjana pendapatan daripada aktiviti ekonomi yang berasaskan penyediaan kemudahan, prasarana atau peluang pelaburan yang memenuhi permintaan pasaran atau pemegang kepentingan pada harga yang berdaya saing.


      MANFAAT SKIM KEPENTINGAN

      Pelabur atau pemegang kepentingan boleh memanfaatkan skim kepentingan sebagai satu kaedah pelaburan alternatif bagi menjana pendapatan secara pasif.  Skim kepentingan juga membolehkan orang awam memanfaatkan kemudahan dan prasarana rekreasi atau percutian pada harga mampu milik.

      Sila layari portal rasmi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (“SSM”) bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai pembiayaan alternatif skim kepentingan:

      https://www.ssm.com.my/bm/Pages/Register_Business_Company_LLP/Company/Interest_Scheme/Interest_Scheme.aspx

    • Pembiayaan Perniagaan
      Pembiayaan Perniagaan

      Usahawan yang ingin mengembangkan perniagaan dan memerlukan suntikan modal tambahan boleh mendapatkan maklumat daripada pelbagai agensi yang menawarkan kemudahan pembiayaan. Antara agensi yang menawarkan kemudahan pembiayaan untuk mengembangkan perniagaan adalah seperti  MARA, TEKUN, SME Bank, CGC  dan lain-lain.

      1. MATRADE

      Bagi bantuan kewangan untuk pengeksport pula, PKS Malaysia boleh memohon Dana Pembangunan Geran (MDG) dan Dana Eksport Perkhidmatan (SEF) yang disediakan oleh Kerajaan melalui MATRADE.

      • Geran Pembangunan Pasaran (MDG) adalah kemudahan bantuan kewangan berbentuk geran pembayaran balik untuk membantu syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), Penyedia Perkhidmatan Profesional, Persatuan Perdagangan & Industri, Dewan-dewan Peniagaan dan Badan Profesional bagi penyertaan di dalam aktiviti promosi eksport yang layak. Untuk maklumat lanjut tentang MDG, sila layari di sini
      • Dana Eksport Perkhidmatan (SEF) memberikan bantuan kepada Pembekal Perkhidmatan Malaysia (MSP) bagi menjalankan aktiviti-aktiviti untuk mengembangkan dan meneroka pasaran antarabangsa. Bantuan ini diperluas dalam bentuk geran pembayaran balik dan pinjaman mudah (soft loan). Bantuan yang diberikan untuk setiap syarikat ialah RM5 juta tertakluk kepada had yang ditetapkan di bawah setiap aktiviti yang layak dan peruntukan kewangan semasa bagi tempoh 2015 - 2020. Untuk maklumat lanjut mengenai SEF, sila layari di sini.

      Senarai Perkhidmatan Atas Talian Di Bawah MATRADE

      • Sila klik di sini untuk mendapatkan perkhidmatan dan maklumat lanjut mengenai Dana Eksport Perkhidmatan (SEF), 
      • Sila klik di sini. untuk mendapatkan dan perkhidmatan dmaklumat lanjut mengenai Geran Pembangunan Pasaran (MDG), 
      • Sila klik di sini untuk mendapatkan perkhidmatan  dan maklumat lanjut berkenaan Program eTRADE,

      2. Produk Pembiayaan TEKUN

      • Skim Pembiayaan TEKUN Niaga

      TEKUN Nasional adalah sebuah institusi pembangunan usahawan yang berperanan menyediakan kemudahan pembiayaan modal kecil perniagaan ( micro credit ) dengan mudah dan cepat. Matlamat TEKUN Nasional adalah untuk mempertingkatkan lagi  penyertaan   bumiputera dalam bidang perniagaan dan keusahawanan.

      • AR RAHNU TEKUN

      AR RAHNU TEKUN adalah produk pembiayaan gadaian patuh syariah jangka pendek (Qardh) secara  bercagar emas. Merupakan salah satu platform kemudahan pembiayaan mikro-kredit yang ditawarkan oleh TEKUN Nasional.

      • Skim Pembiayaan TEMAN TEKUN

      Skim Pembiayaan TEMAN TEKUN menggunakan konsep berkumpulan bagi menyediakan kemudahan pembiayaan dengan lebih mudah, cepat dan efisien untuk keperluan perniagaan. Berkonsepkan jaminan & kerjasama di antara ahli kumpulan yang terdiri daripada lima ( 5 )  orang usahawan ( lelaki dan wanita ).

      • Skim Pembiayaan TEMANNITA

      Membantu usahawan wanita mendapat kan pembiayaan secara berkumpulan dengan lebih mudah,cepat dan efisien untuk keperluan perniagaan.

      • Skim Pembiayaan KONTRAK-i

      Skim ini adalah merupakan pembiayaan kontrak pembekalan secara terus yang diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan ( GLC ). Memberi Alternatif dan Kemudahan Pembiayaan kepada usahawan untuk mendapatkan modal tambahan dengan cepat.

      • Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India

      Objektif skim ini adalah untuk menggalakkan masyarakat India menceburkan diri dalam bidang perniagaan secara inovatif di samping merangsang bidang keusahawanan di Malaysia.

      • Skim Pembiayaan Usahawan Bekas Tentera

      TEKUN menyediakan program pembiayaan untuk membantu bekas anggota tentera dan juga isteri atau anak bekas tentera yang menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan

      • Skim Pembangunan Usahawan Siswazah

      Di bawah program ini, siswazah yang berminat boleh menjalankan aktiviti    keusahawanan secara individu atau perkongsian pintar ( smart partnership ) yang melibatkan 2 atau 3 orang  ( maksimum ) rakan kongsi di kalangan siswazah

      Sila layari Laman Portal Rasmi TEKUN Nasional untuk malumat lanjut mengenai pembiayaan perniagaan.

    • Kaedah Bayaran Balik Pinjaman
      Kaedah Bayaran Balik Pembiayaan

      1- TEKUN Nasional

      Usahawan yang mendapat pembiayaan TEKUN boleh membuat bayaran balik melalui 6 kaedah seperti infografik di bawah:

      f7d21ee4 a16d 42f3 ae17 195d52039505

      (Sumber: TEKUN National)

      Maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi TEKUN Nasional atau klik TEKUNPay.

  • Menjalankan Perniagaan Atas Talian / Internet / Digital
    Perniagaan internet merupakan perniagaan yang dilakukan secara atas talian yang menggunakan internet sebagai medium perantaraan antara penjual dan juga pembeli. Perniagaan internet juga adalah sama dengan perniagaan offline lain iaitu tetap memerlukan tapak perniagaan, modal , barangan perniagaan, dan juga promosi untuk barang. Apa yang membezakan adalah platform sahaja.

    PANDUAN PERNIAGAAN INTERNET / ATAS TALIAN

    1.  Garis Panduan 

    Panduan Menjalankan Perniagaan E-Dagang Kepada Peniaga boleh di muat turun di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

    2.  Bagaimana untuk Memulakan Perniagaan Secara Atas Talian.

    Sila layari SMEInfo untuk mendapatkan panduan bagaimana untuk memulakan perniagaan menjual produk dan perkhidmatan secara atas talian di Malaysia.

    3.  Peraturan Urusniaga Perdagangan Elektronik

    0b11fdbd c5e8 4385 ab1f 45feb37282d3

    Sumber : Laman Facebook Rasmi KPDNHEP

Slide
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps