Amanat Ketua Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah Tahun 2025


Dengan penuh kerendahan hati dan rasa syukur ke hadrat ilahi, kita dipanjangkan usia dan diberikan kesihatan yang baik untuk memperbaharui tekad dan semangat menjalankan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan bagi tahun 2025.
Tahun 2024 merupakan tahun yang telah menyaksikan pelbagai lakaran kejayaan mahupun cabaran, sokongan dan komited berterusan daripada pengurusan tertinggi dan semua penjawat awam menjadikan negeri Sabah kekal sebagai pelopor, peneraju dan penanda aras dalam pengurusan Governans, Integriti dan Antirasuah (GIA).
Komitmen dizahirkan dengan pelaksanaan program-program integriti berimpak tinggi yang menjadi mercu kebanggaan Kerajaan Negeri Sabah.
Justeru bagi memastikan momentum pemantapan GIA terus dipacu, Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah (BIGoNS), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri proaktif dalam memastikan perancangan dan strategi bagi tahun 2025 dapat memberikan impak yang signifikan seterusnya mengukuhkan status negeri Sabah sebagai sebuah negeri yang cekap, berintegriti dan cemerlang tadbir urusnya. Program turun padang akan menjadi keutamaan BIGoNS dalam memastikan tahap pematuhan, pencegahan dan tindakan pembetulan dilaksanakan.
Akhir kata, ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dan sokongan penuh kepada BIGoNS sepanjang tahun 2024. Diharap jalinan kerjasama erat ini akan dapat dikekalkan untuk tahun 2025.
Sekian, terima kasih dan salam hormat.
YBrs. Puan Samsakiah Jamil
Ketua Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri