Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Memulakan Perniagaan

Memulakan Perniagaan

Keterangan mengenai pendaftaran dan pelesenan perniagaan. Pendaftaran perniagaan perlu dibuat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

  • Mendaftar Perniagaan
    Mendaftarkan perniagaan adalah perlu bagi membuktikan perniagaan itu muktamad, sah dan diperakui oleh undang-undang bagi menjalankan kontrak dengan pihak bank, agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan.
    Jenis Entiti Perniagaan

    Usahawan/bakal usahawan boleh memilih untuk memulakan perniagaan melalui entiti-entiti perniagaan berikut:
    1. Milikan Tunggal atau Perkongsian di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197);
    2. Syarikat Berhad Menurut Syer, Syarikat Berhad Menurut Jaminan dan Syarikat Tidak Terhad di bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777);
    3. Perkongsian Liabiliti Terhad di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012


    MAKLUMAT PENDAFTARAN PERNIAGAAN


    Syarat-syarat Mendaftarkan Perniagaan

    1)  Perniagaan yang didaftarkan mesti memenuhi Seksyen 2 : Tafsiran “perniagaan” di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956Kaedah-kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957;

    2)  Pemilik perniagaan merupakan warganegara atau penduduk tetap dan mestilah berumur lapan belas (18) tahun dan ke atas; dan

    3)  Perniagaan yang dijalankan mestilah beroperasi di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

     

    Prosedur Pendaftaran Perniagaan 

    1)  Pemilik atau rakan kongsi hendaklah mendaftarkan perniagaan (pemilik tunggal/perkongsian) tidak lewat 30 hari dari tarikh permulaan perniagaan.

    2)  Perniagaan boleh didaftarkan menggunakan nama sendiri atau nama tred.

    i. Nama sendiri – Perniagaan yang menggunakan nama sendiri (Bentuk Perniagaan: Milikan Tunggal) seperti di kad pengenalan. (Contoh: Ali Bin Ahmad)

    ii. Nama Tred – Perniagaan yang menggunakan nama tred yang dicipta/direka bagi tujuan komersial (Bentuk Perniagaan: Milikan Tunggal atau Perkongsian tidak melebihi dua puluh (20) orang. (Contoh: Indah Maju Construction, Restoran Seri Nelayan, Nirmala Trading & Services). 

    3)  Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian melalui perkhidmatan Ezbiz Online.

    4)  Sila rujuk laman web  Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)  untuk mendapat maklumat lanjut  


    MAKLUMAT MENUBUHKAN SYARIKAT

    • Memulakan syarikat
      • Carian nama syarikat
      • Mengemukakan butir-butir penubuhan syarikat

    • Menguruskan syarikat
      • Pengemaskinian maklumat syarikat
      • Gadaian
      • Serahsimpan tahunan

    • Pembubaran syarikat
      • Penggulungan syarikat
      • Pembatalan nama syarikat
      • Pengurusan aset syarikat bubar


    Sila rujuk laman web Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk mendapat maklumat lanjut.


    MAKLUMAT PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD (PLT)

    Mengenai Sistem MyLLP 

    Sistem MyLLP adalah aplikasi atas talian yang disediakan oleh SSM untuk pendaftaran bagi Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT), di mana ia dikawalselia dibawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012. PLT merupakan bentuk perniagaan alternatif yang menawarkan ciri-ciri hibrid di antara perkongsian konvensional dan syarikat.

    Berikut adalah perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan didalam sistem MyLLP:

    • Pendaftaran Pengguna
    • Permohonan Penempahan Nama 
    • Pendaftaran 
    • Pertukaran Maklumat 
    • Perakuan Tahunan
    • Permohonan Pertukaran Nama
    • Permohonan Lanjutan Masa
    • Permohonan Penggulungan Secara Sukarela, Pendaftaran Dokumen Berkaitan Penggulungan Oleh Mahkamah Dan Pendaftaran Dokumen Berkaitan Pelikuidasian Atau Pembubaran PLT Asing 
    • Rektifikasi
    • Perintah Mahkamah

    Sistem MyLLP boleh diakses menerusi Portal SSM4U atau di www.ssm4u.com.my dan berkenaan maklumat lanjut berkaitan PLT boleh dirujuk di sini

  • Memohon Lesen Perniagaan

    Mempunyai lesen perniagaan yang sah adalah penting untuk memulakan perniagaan di Malaysia. Ia termasuklah lesen, pendaftaran, permit dan kelulusan. Lesen perniagaan boleh dimohon daripada Pihak Berkuasa Melesen (PBM) yang berkaitan mengikut lokasi dan aktiviti perniagaan.

    Sebelum sesuatu perniagaan dapat beroperasi secara sah, perniagaan-perniagaan perlulah mematuhi beberapa bentuk perlesenan, yang boleh merangkumi lesen am, lesen khusus industri / sektor atau lesen khusus aktiviti. Lesen perniagaan dikehendaki oleh perundangan dan ditadbir oleh pelbagai agensi kerajaan, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan. Lesen perniagaan termasuk pendaftaran, kelulusan, lesen dan permit. Keperluan pematuhan berbeza mengikut industri, aktiviti perniagaan dan lokasi.

    Portal MalaysiaBiz menyediakan ‘platform akses tunggal’ untuk usahawan mendapatkan maklumat tentang bagaimana untuk memulakan perniagaan serta pendaftaran perniagaan dan permohonan lesen/ permit daripada pihak berkuasa yang berkenaan.

    Carian pelesenan perniagaan boleh didapati di Portal MalaysiaBiz.

    Maklumat dan panduan mengenai pelesenan perniagaan boleh juga diperolehi melalui SMEInfo Portal..

    Lesen perniagaan boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan logik yang berbeza, iaitu:

    1. Lesen-Lesen Am
    2. Lesen Khusus Industri / Sektor
    3. Lesen Khusus Aktiviti

    1. Lesen-Lesen Am

    Lesen-Lesen Am merangkumi lesen yang diperlukan dan akan terpakai apabila pelabur memutuskan untuk memulakan perniagaan di Malaysia.

    Senarai Lesen Am, yang terpakai kepada sebarang perniagaan termasuklah:

    1. Pendaftaran Syarikat
    2. Pendaftaran Cukai Pendapatan Syarikat dan Pekerja
    3. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
    4. PERKESO
    5. Dana Pembangunan Sumber Manusia
    6. Lesen Premis Perniagaan dan Lesen Papan Tanda

    Perniagaan di Malaysia perlu memohon lesen premis perniagaan dan lesen papan tanda dari Pihak Berkuasa Negeri masing-masing. Keperluan bagi permohonan ini mungkin berbeza mengikut Pihak Berkuasa Tempatan masing-masing.

     

    2. Lesen Khusus Industri / Sektor

    Lesen Khusus Industri / Sektor adalah lesen untuk bagi industri atau sektor khusus yang diperincikan oleh Kerajaan. Ini termasuklah dasar-dasar yang dikawal perkembangan sesuatu industri atau sektor khusus sejajar dengan perkembangan dasar kerajaan.

    Contoh Lesen Khusus Sektor/Industri adalah seperti berikut:

    i. Lesen berkaitan Sektor Pembuatan

    • Bagi maklumat lanjut, sila kunjungi Laman Web Rasmi MIDA atau klik e-Perkhidmatan untuk aplikasi dalam talian yang disediakan seperti permohonan Lesen Pengilang, Insentif, Jawatan Pegawai Dagang, Pengecualian Duti Import dan pembelian statistik secara atas talian. 

    ii. Lesen dan Kebenaran berkaitan Sektor Perdagangan Pengedaran

    • Penyertaan Syarikat Milikan Asing (dengan pegangan ekuiti asing pada kadar 51% ke atas) di dalam Sektor Perdagangan Pengedaran Malaysia yang merangkumi pemborong, peruncit, pengamal francais, peniaga jualan langsung, pembekal yang menyalur barangan ke pasaran domestik dan agen komisyen atau wakil-wakil lain termasuk syarikat-syarikat dagangan antarabangsa perlu mendapatkan kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk beroperasi.

    • Sila rujuk Portal Rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi maklumat lanjut berkaitan Garis Panduan Penyertaan Asing Dalam Perkhidmatan Perdagangan Pengedaran di Malaysia.

    iii. Lesen-Lesen berkaitan Sektor Telekomunikasi

    iv. Lesen-Lesen berkaitan Sektor Penyiaran

    v. Lesen-Lesen berkaitan Sektor Eksplorasi Petroleum

    • Bagi maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang Petronas atau klik di sini  untuk aplikasi atas talian.

    vi. Lesen-Lesen berkaitan Pembinaan

    • Bagi maklumat lanjut, kunjungilah laman sesawang CIDB atau  klik di sini untuk mendapatkan senarai Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian yang disediakan.

    vii. Lesen-Lesen berkaitan Sektor Perbankan

    • Bagi maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Bank Negara.

    viii.  Lesen perniagaan peringkat Persekutuan di bawah Sistem Business Licensing Electronic Support System (BLESS), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

    • Sistem BLESS merupakan One Stop Online Service atau Pusat Perkhidmatan Setempat Dalam Talian bagi mendapatkan maklumat (Portal BLESS) dan membuat permohonan lesen/permit/kebenaran (Aplikasi BLESS) berkaitan perniagaan di Malaysia.
    • Sistem Pelesenan Perniagaan Bersepadu ini juga menyediakan perkhidmatan kepada Kementerian/Agensi untuk memproses dan meluluskan permohonan lesen/permit/kebenaran secara dalam talian.
    • Sila klik Portal Rasmi Bahagian BLESS untuk aplikasi dalam talian.

    ix. Lesen di bawah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP)

    • Sila klik MyKKP untuk aplikasi pendaftaran dalam talian.

    x. Lesen di bawah Suruhanjaya Perkhidmatqn Air Negara (SPAN)

    • Sila klik aplikasi e-Permit untuk pendaftaran dan permohonan secara dalam talian.

    xi. Lesen berkaitan Sektor Pelancongan di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC)

    xii. E-Servis MIDA

    Permohonan SPM, Lesen Pengilang, Insentif, Jawatan Pegawai Dagang dan Pengecualian Duti Import secara atas talian. Daftar e-suratberita dan maklumat terkini secara bulanan.

    3. Lesen Khusus Aktiviti

    Lesen-Lesen Khusus Aktiviti adalah lesen yang mengawal selia aktiviti tertentu dan mungkin terpakai bagi sesuatu atau lebih Industri atau Sektor. Kategori lesen ini memerlukan pelabur mematuhi panduan tertentu bagi melindungi kepentingan warganegara, pekerjaan, keselamatan pekerja, persekitaran dan masyarakat umum.

    Contoh-contoh Lesen Aktiviti Khusus termasuklah:

    1. Sijil Kelayakan untuk Mesin Bertauliah 
    2. Kelulusan Jawatan Ekspatriat
    3. Kelulusan memasang/memindah/mengubah Peralatan Kawalan Pencemaran Udara (penapis beg dan cerobong)
    4. Kelulusan Pelan Bangunan
    5. Lesen Cukai Jualan

    Maklumat di atas adalah panduan umum ke arah memulakan langkah-langkah, keputusan dan perancangan bagi perniagaan yang dihasratkan pelabur-pelabur berpotensi dan pemilik-pemilik perniagaan.

     

  • Memperbaharui Perniagaan
    Setiap perniagaan yang berdaftar dikehendaki memperbaharui sijil pendaftaran perniagaan dengan mengemukakan Permohonan Pembaharuan Perakuan Pendaftaran Perniagaan.

    PEMBAHARUAN PERAKUAN PENDAFTARAN PERNIAGAAN

    1)  Perniagaan berdaftar yang aktif perlu memperbaharui perakuan pendaftaran perniagaan untuk tempoh satu (1) hingga lima (5) tahun.

    2)  Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperbaharui oleh pemilik atau rakan kongsi pada bila-bila masa sebelum tarikh luput pendaftaran sehingga dua belas (12) bulan selepas tarikh luput pendaftaran.

    3)  Pembaharuan perniagaan boleh dibuat di saluran-saluran berikut:

    • Secara atas talian melalui perkhidmatan Ezbiz Online;
    • Mesin Ezbiz Kiosk yang terletak di setiap pejabat SSM; atau
    • Ejen SSM berdaftar iaitu Bank Simpanan Nasional & Bank Kerjasama Rakyat Malaysia.

    4)  Sila layari laman web Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Fi dan Panduan Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan.

  • Mendaftar Harta Intelek
    Maklumat merangkumi informasi mengenai permohonan bagi melindungi harta intelek seperti permohonan paten dan perbaharuan utiliti, cap dagangan, reka bentuk perindustrian, petunjuk geografi dan pemberitahuan sukarela hak cipta.

    PERMOHONAN PATEN / PERBAHARUAN UTILITI

    Paten adalah satu hak eksklusif yang dianugerahkan untuk suatu rekacipta, sama ada ia adalah satu produk atau satu proses untuk melakukan sesuatu yang baru atau penyelesaian teknikal ke atas sesuatu masalah.

    Perbaharuan utiliti adalah hak eksklusif yang diberikan terhadap suatu rekacipta kecil yang tidak memerlukan ujian langkah merekacipta sebagaimana yang diperlukan untuk mendapat paten.

    • Baru, iaitu rekacipta itu masih belum dizahirkan kepada orang awam di mana-mana di dunia;
    • Melibatkan langkah merekacipta yang mana rekacipta itu tidak ketara kepada seseorang yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi tersebut; dan
    • Dapat digunakan dalam mana-mana industri.

    Sila klik pada pautan di bawah:

    Memohon Paten / Perbaharuan Utiliti

    Untuk maklumat lanjut sila layari laman web rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).


    MAKLUMAT PEMFAILAN CAP DAGANGAN

    Cap Dagangan ertinya apa-apa tanda yang boleh dinyatakan secara grafik yang boleh membezakan barang-barang atau perkhidmatan satu perusahaan daripada perusahaan-perusahaan yang lain.

    Tanda termasuklah apa-apa huruf, perkataan, nama, tandatangan, angka, logo, jenama, tajuk, lable, tiket, bentuk barang-barang atau bungkusannya, warna, bunyi, bau, hologram, kedudukan, urutan gerakan atau apa-apa gabungannya.

    Cap Kolektif adalah suatu tanda yang menunjukkan barang-barang atau perkhidmatan anggota persatuan yang merupakan tuan punya cap kolektif daripada perusahaan yang lain.

    Cap perakuan adalah suatu tanda yang membezakan barang-barang atau perkhidmatan dengan tanda itu hendaklah digunakan adalah diperaku oleh tuan punya cap perakuan berkenaan dengan tempat asal, bahan, cara pengilangan barang-barang atau pelaksanaan perkhidmatan, kualiti, ketepatan atau ciri-ciri lain.

    Sila klik pada pautan dibawah:

    Memohon Cap Dagangan

    Untuk maklumat lanjut sila layari laman web rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).


    PEMFAILAN REKA BENTUK PERINDUSTRIAN

    Reka Bentuk Perindustrian ialah ciri bentuk, tatarajah, corak atau hiasan yang digunakan pada sesuatu barang melalui apa-apa proses atau cara perindustrian, iaitu ciri yang ada pada barang siap, merupakan ciri yang menarik dan dinilaikan dengan pandangan mata.

    Sila klik pada pautan di bawah:

    Memohon Reka Bentuk Perindustrian

    Untuk maklumat lanjut sila layari laman web rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).


    PERMOHONAN PETUNJUK GEOGRAFI

    Petunjuk geografi adalah tanda yg digunakan ke atas sesuatu produk kerana produk tersebut mempunyai kualiti dan reputasi yang boleh dikaitkan dengan kawasan berkenaan.

    Perlindungan akan diberikan walaupun Petunjuk Geografi itu tidak didaftarkan. Perlindungan juga tetap diberikan terhadap satu lagi Petunjuk Geografi yang walaupun ianya di keluarkan di negara, kawasan, wilayah atau daerah dimana produk itu dihasilkan, tetapi ia telah memberi gambaran palsu kepada umum bahawa ia dihasilkan di negara, kawasan, wilayah dan daerah yang lain.

    Sila klik pada pautan di bawah:

    Memohon Petunjuk Geografi

    Untuk maklumat lanjut sila layari laman web rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).


    PEMBERITAHUAN SUKARELA HAK CIPTA

    Hak cipta adalah perlindungan yang diberikan kepada penulis, pemilik hak cipta dan pelaku tertakluk di bawah Akta Hak Cipta 1987.

    Karya-karya yang layak mendapat perlindungan Harta Intelek ialah :­

    1. Karya sastera ;
    2. Karya muzik;
    3. Karya seni;
    4. Filem;
    5. Rakaman bunyi;
    6. Siaran; dan
    7. Karya terbitan

    Sila klik pada pautan di bawah:

    Pemberitahuan Sukarela Hak Cipta

    Untuk maklumat lanjut sila layari laman web rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Slide
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps