Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Soal Jawab Mengurus Perniagaan

Soal Jawab Mengurus Perniagaan
Persoalan serta permasaalahan yang dihadapi oleh rakyat yang sering ditanya mengenai dunia perniagaan. Setiap soalan akan diberi jawapan sebaik mungkin dengan harapan boleh menyelesaikan maslaah yang dihadapi.

  • Modal atau Bantuan Perniagaan
    Soalan: Dimanakah saya boleh mendapatkan modal atau bantuan jika saya ingin memulakan perniagaan?
    Jawapan: Bagi usahawan atau pemilik bisnes yang mencari pinjaman perniagaan (business loan) berikut dikongsikan antara organisasi kerajaan yang menawarkan pinjaman perniagaan sehingga RM5 juta.

    1. TEKUN Nasional
    TEKUN Nasional atau dahulunya dikenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka.

     Terdapat beberapa skim pembiayaan perniagaan yang disediakan TEKUN antaranya:
    • Skim Pembiayaan TEKUN Niaga
    • Skim Pembiayaan TEMAN TEKUN
    • Skim Pembiayaan Program TemanNita
    • Skim Pembiayaan Kontrak-i
    • AR-RAHNU TEKUN

     Pembiayaan yang disediakan bermula dari RM10,000 sehingga RM100,000 bagi tempoh 5-10 tahun. Untuk info lanjut layari portal rasmi TEKUN Nasional.

    2. PROSPER PUNB
    PROSPER adalah produk pembiayaan berasaskan syari’ah dari Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB). Jumlah pembiayaan yang ditawarkan sehingga RM100,000 bagi tempoh bayaran balik 7 tahun. Dalam masa sama PUNB juga menyediakan program pembangunan korporat dan latihan pembangunan usahawan.

    Sila layari Portal Rasmi PUNB untuk maklumat lanjut.

    3. SUPERB TERAJU
    Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) ialah unit strategik di Jabatan Perdana Menteri bertujuan menerajui, memacu dan menyelaras penyertaan Bumiputera dalam ekonomi negara selaras dengan Pelan Transformasi Negara.

    Melalui Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB), TERAJU menyediakan geran sehingga RM500,000 untuk menyokong idea perniagaan yang inovatif dan kreatif. Ia merupakan pembiayaan untuk membantu syarikat-syarikat memulakan perniagaan (start-up) dengan dana sebanyak RM100 juta.

    Semak syarat kelayakan anda di portal rasmi TERAJU.

    4. Dana TERAS TERAJU
    Dana Teras bertujuan memudahkan pengembangan perniagaan syarikat di bawah Program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (Teras). Pembiayaan di bawah Dana Teras adalah untuk modal kerja dan pembelian aset. Dana ini disediakan secara kolaborasi antara TERAJU dan institusi kewangan dan diuruskan sepenuhnya oleh SME Bank, RHB Islamic, MIDF dan Maybank Islamic.

    Sehingga Disember 2017, sebanyak 908 syarikat telah menyertai program Teras manakala RM1.42 bilion pembiayaan telah diluluskan. Dana Teras hanya terbuka kepada syarikat yang berada di bawah program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS).

    5. Pinjaman Perniagaan MARA

    Majlis Amanah Rakyat atau MARA menyediakan skim pembiayaan perniagaan sehingga RM5 juta. MARA menyediakan beberapa skim mengikut kesesuaian sesuatu bisnes yang dijalankan. Antaranya:

    • Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE)
    • Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (SPiM)
    • Kemudahan Pembiayaan Perniagaan Kepada OKU
    • Skim Pembiayaan Perniagaan Lepasan IPMa (SEMAi)
    • Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM)
    • MARA Entrepreneur Guarantee Scheme (MEGS)
    • Skim Pembiayaan Usahawan Global MARA – EXIM (GEMS)

    Sila rujuk Portal Rasmi MARA untuk maklumat lanjut dan huraian setiap skim yang ditawarkan.

    6. Program Peningkatan  Kapasiti Dan Keupayaan PKS(BAP)
    SME Corp. Malaysia menyediakan Program Peningkatan Kapasiti dan Keupayaan PKS (BAP) yang merupakan skim bantuan bersepadu bagi meningkatkan keupayaan PKS, termasuk perusahaan mikro, menerusi khidmat nasihat perniagaan dan bantuan kewangan. Program ini menyokong pelbagai inisiatif pembangunan kapasiti untuk membantu PKS mengembangkan perniagaan di peringkat tempatan dan antarabangsa. BAP menyediakan bantuan kewangan dalam bentuk geran bersamaan dan skim pinjaman mudah bagi membantu PKS meraih peluang pertumbuhan perniagaan baharu. SME Corp. Malaysia bekerjasama dengan SME Bank dan Bank Rakyat untuk menyediakan pinjaman mudah yang ditawarkan di bawah BAP. Manakala, geran bersamaan pula disediakan oleh SME Corp. Malaysia.

    Sila layari Laman Web Rasmi SME Corp. Malaysia untuk maklumat lanjut.

  • Perundangan Perniagaan
    Soalan: Adakah perniagaan atas talian tertakluk pada mana-mana perundangan?
    Jawapan: Mana-mana orang yang menjalankan perniagaan atas talian adalah tertakluk pada Peraturan-Peraturan Pelindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999.

     Sila layari Portal Rasmi KPDNHEP untuk maklumat lanjut.

  • Program Latihan atau Pembangunan
    Soalan:  Bagaimana syarikat-syarikat Malaysia boleh menyertai program latihan berkaitan eksport?
    Jawapan: Syarikat-syarikat Malaysia boleh menyertai program latihan eksport yang dianjurkan oleh MATRADE. Program latihan eksport bertujuan untuk meningkatkan dan memberikan maklumat terkini kepada pengeksport mengenai maklumat berkaitan perdagangan dan peluang-peluang perniagaan di pasaran antarabangsa. Antara topik-topik berkaitan eksport termasuk peluang-peluang eksport di pasaran baru dan berpotensi, langkah-langkah untuk meningkatkan imej produk dan perkhidmatan, keperluan teknikal dan perubahan tren pasaran. Senarai program latihan eksport yang dianjurkan MATRADE boleh didapati di sini
  • Perniagaan Atas Talian / Digital / Internet
    Soalan:  Adakah terdapat kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan untuk membantu syarikat-syarikat Malaysia mengeksport secara atas talian?
    Jawapan: MATRADE mempunyai program khas, eTRADE bagi membantu dan menggalakkan syarikat-syarikat Malaysia untuk mengadaptasi penggunaan platform e-dagang bagi meningkatkan eksport mereka di pasaran antarabangsa. Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini.
    Soalan: Apakah barangan/produk yang boleh dijual secara perniagaan atas talian?
    Jawapan: Semua jenis barangan/produk boleh dijual secara perniagaan atas talian kecuali barangan tiruan, cetak rompak atau mana-mana barangan/produk yang melanggar undang-undang Malaysia.
  • Pelesenan Pelancongan
    Soalan: Saya berminat untuk membuka syarikat pelancongan, bagaimana prosedurnya?
    Jawapan: Tuan perlu mengisi Borang 1- Permohonan Baru Lesen Perniagaan Pengendalian Pelancongan dan Perniagaan Agensi Pengembaraan dan menyertakan fi proses sebanyak RM100.00. Selain itu, terdapat beberapa dokumen yang perlu disertakan seperti dinyatakan di senarai semak permohonan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.motac.gov.my.
    Soalan: Adakah sebarang syarat-syarat yang perlu dipatuhi untuk memohon lesen perniagaan pengendalian pelancongan ini?
    Jawapan: Terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi. Antaranya adalah mempunyai modal berbayar yang mencukupi mengikut kawasan yang ingin beroperasi dan pengalaman Ahli Lembaga Pengarah / Pemegang Saham dalam bidang pelancongan. Untuk mengetahui maklumat lanjut berkaitan Pelesenan Pelancongan, sila klik di sini.
  • Maklumat atau Statistik Pasaran
    Soalan: Bagaimana saya boleh mendapatkan informasi/ statistik terkini berkaitan pasaran untuk penyelidikan eksport?
    Jawapan:  Anda boleh lawati Pusat Informasi Perniagaan MATRADE (BIC) yang terletak di Menara MATRADE, Kuala Lumpur untuk melakukan penyelidikan dan mendapatkan maklumat berkaitan perniagaan antarabangsa. Antara maklumat yang boleh didapati di BIC adalah:
    1. Statistik Perdagangan
    2. Market Alerts
    3. Kajian Pasaran Produk / Perkhidmatan
    4. Trade Leads
    5. Direktori Perdagangan
    6. Notis Tender Antarabangsa
  • Lesen Perkapalan
    Soalan: Apakah perlu saya lakukan jika saya ingin mendapatkan lesen perkapalan dalam negeri?
    Jawapan: Pengguna perlu mendaftar dalam Sistem e-DSL (Sistem Permohonan Lesen Perkapalan Dalam Negeri) dan membuat permohonan. Pemohon perlu  mengemukakan dokumen-dokumen  seperti di bawah:

    i- Kapal Daftaran Malaysia
    1. Sijil Pendaftaran Kapal
    2. Senarai anak-anak kapal yang telah disahkan oleh Jabatan Laut
    3. Passenger Certificate (untuk passenger vessel sahaja)
    ii- Kapal Daftaran Asing
    1. Sijil Pendaftaran Kapal
    2. Salinan dokumen kontrak, salinan perjanjian sewaan/hak milik dan juga surat lantikan
    3. Salinan permohonan kepada MASA untuk mendapatkan kapal Malaysia
    4. Salinan surat dari MASA yang mengesahkan ketiadaan kapal Malaysia.
    5. International Tonnage Certificate
    6. Permit atau kelulusan berkaitan
    Soalan: Berapa lamakah  tempoh dan jenis lesen e-DSL?
    Jawapan:

    i- Kapal Malaysia
    1. Tanpa Syarat – 1 @ 2 tahun
    2. Bersyarat – 1 tahun @ 6 bulan
    3. Sementara (kapal mempunyai pendaftaran Provisional) – maksimum 6 bulan
    ii- Kapal Asing
    1. Sementara – maksimum 3 bulan, mengikut kontrak kerja
    Soalan: Berapakah kadar bayaran Fi lesen perkapalan yang dikenakan?
    Jawapan:

    a)  Kapal Daftaran Malaysia

    RM50 setahun atau sebahagian daripadanya untuk kapal-kapal yang berberat 15 Nett Registered Tonnage (NRT) sehingga 50 NRT dan RM0.10 bagi setiap tambahan tan selepas 50 NRT.

    b)  Kapal Daftaran Asing

    RM200 untuk kapal-kapal yang berberat 15 Nett Registered Tonnage (NRT) sehingga 50 NRT dan RM0.40 bagi setiap tambahan tan selepas 50 NRT.

    Soalan:  Berapa lama tempoh memproses lesen?
    Jawapan: Memproses dan meluluskan Lesen Perkapalan Dalam Negeri dalam tempoh 2 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima sebelum jam 3.00 petang hari bekerja. (Permohonan yang diterima dan diproses selepas jam 3.00 petang akan dikira sebagai permohonan keesokan hari). Sila rujuk carta alir permohonan lesen seperti di bawah:

    681e7b04 851c 46bd 9cd0 c70786a8c63c
Slide
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps