Tuaran - Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri telah diundang sebagai penceramah sempena Program Kesedaran Tatatertib Tahun 2024 siri 1.
Bahagian Integriti Negeri Sabah (BIGoNS), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri telah diundang sebagai penceramah sempena Program Kesedaran Tatatertib Tahun 2024 siri 1 anjuran bersama Majlis Daerah Tuaran. Program ini telah dilaksanakan pada 14 Februari 2024 (Selasa) bertempat di Dewan Persidangan Majlis Daerah Tuaran.
Ceramah sesi 1: โIntegriti dalam Perkhidmatanโ dan ceramah sesi 2: โAku Janji dan Tatatertib dalam Perkhidmatanโ telah disampaikan oleh pegawai BIGoNS iaitu Encik Mohd Jamri bin Awang Damit, Penolong Setiausaha Kanan I dan dibantu oleh fasilitator program iaitu Encik Muzaffar bin Mohammed Yussof, Penolong Setiausaha II yang mengendalikan sesi Q&A dan refleksi. Manakala ceramah sesi 3: โPenyalahgunaan Dadah : Tindakan dan Kesan Terhadap Perkhidmatan Awamโ telah disampaikan oleh Puan Helmy Clare Freddy, Ketua Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Tuaran.
Turut hadir merasmikan program ialah Encik Jamlin bin Ladin, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Tuaran.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah