Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Inisiatif Governans, Integriti dan Antirasuah (GIA)

Kerajaan Negeri Sabah

Majlis Apresiasi Integriti Negeri Sabah Tahun 2025

Kota Kinabalu - 11 Disember 2025

Majlis Apresiasi Integriti Negeri Sabah telah anjuran Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah (BIGoNS), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dilaksanakan pada 11 Disember 2025 (Khamis) bertempat di Pacific Sutera Hotel, Kota Kinabalu.

Objektif utama majlis ini adalah untuk memberikan penghargaan kepada semua kementerian dan agensi yang terlibat dalam menjayakan program-program pengurusan Governans, Integriti dan Antirasuah (GIA) Kerajaan Negeri Sabah bagi tahun 2025.

Majlis ini disempurnakan oleh YBhg. Datuk Zainudin bin Amin, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.

Sebanyak 26 penerima sijil penghargaan dan 9 penerima sijil komitmen yang disampaikan oleh YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah bersama YBrs. Puan Samsakiah Jamil, Ketua Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah.

Hadir sama, Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap Kementerian, Timbalan Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap Kementerian, Ketua-Ketua Jabatan dan warga pekrhidmatan awam negeri Sabah.


BINGKISAN INTEGRITI YB SKN
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps