Kota Kinabalu – 20 Februari 2025
Bengkel Pembangunan Pelan Integriti dan Antirasuah (PINTAR) Jabatan Ketua Menteri 2025-2028 telah dianjurkan oleh Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah (BIGoNS) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri pada 17 hingga 19 Februari 2025 bertempat di Dewan Bankuasi, Aras 26, Blok A, Menara Kinabalu.
Bengkel yang berlangsung selama tiga (3) hari ini menyasarkan seramai 100 peserta dari sembilan (9) agensi di bawah Jabatan Ketua Menteri.
Antara pengisian utama bengkel ini adalah sesi 1: semakan semula pengurusan risiko rasuah jabatan ketua menteri, sesi 2: semakan laporan keberkesanan PARJKM 2019-2023, sesi 3: pembentangan laporan keberkesanan PAR JKM 2019-2023, sesi 4: pembangunan pengurusan risiko rasuah (CRM) dan pembangunan pelan organisasi, sesi 5: pemurnian PINTAR JKM 2025-2028, sesi 6: pelan tindakan PINTAR JKM 2025-2028 dan sesi 7: pembentangan inisiatif PINTAR JKM 2025-2028 bersama ketua jabatan masing-masing.
Majlis penutupan bengkel PINTAR JKM 2025-2028 disempurnkan oleh YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong. JP, Setiausaha Kerajaan Negeri pada 19 Februari 2025.
Turut hadir Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran) YBhg. Norlizah binti Haji Danin, Pengarah Bahagian Kabinet dan Dasar, Puan Dayang Noorashikhin binti Zulkefli, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Pengurusan dan Kewangan, Tuan Haji Mohd Fauzi bin Norbeh, Ketua Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Puan Samsakiah Jamil.






Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah


