Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
5A - Accessible by Anyone, Anytime, Anywhere and by Any device
Malam Natal (Christmas Eve)

Category
Hari Kelepasan Am Negeri Sabah
Date
24 Disember 2023 12:00 AM - 11:59 PM
Malam Natal atau Malam Krismas ialah waktu petang atau seluruh hari sebelum perayaan Hari Krismas yang disambut secara meluas di seluruh dunia. Hari ini berlaku pada 24 Disember dalam kalendar mazhab Barat, Hari sedemikian turut disambut secara meluas lalu menjadi cuti am di banyak negara dan juga disambut yang bukan penganut Kristian sebagai sebahagan daripada musim percutian Krismas.
Oleh sebab tradisi Kristian berpegang bahawa Jesus dilahirkan pada waktu malam (berlandaskan Luke 2:6-8), Misa Tengah Malam (Midnight Mass) dilakukan pada petang Hari sebelum Krismas, secara tradisinya tepat pada waktu tengah malam, bagi meraikan kelahiran Jesus. Idea yang Jesus dilahirkan pada waktu malam digambarkan dalam fakta yang waktu Petang sebelum Krismas dirujuk sebagai "Heilige Nacht" ("Malam Suci") dalam Bahasa Jerman, "Nochebuena" ("Malam Baik") dalam Sepanyol dan sama juga kesnya dengan ungkapan-ungkapan kerohanian Kristian yang lain seperti lagu Silent Night, Holy Night ("Malam Senyap, Malam Suci").
All Dates
- 24 Disember 2023 12:00 AM - 11:59 PM