Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

5A - Accessible by Anyone, Anytime, Anywhere and by Any device

Apakah etika yang perlu saya patuhi semasa melakukan lawatan ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri? Resolved

0
Kelulusan dan Kebenaran Lawatan
Sila maklum bahawa hanya rombongan atau pelawat yang mempunyai kelulusan dan janji temu sahaja yang akan dibenarkan untuk melakukan lawatan ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Aras 28, Menara Kinabalu.

Sekiranya anda telah mendapat kelulusan untuk mengadakan janji temu, anda hendaklah membuat pengesahan untuk hadir ke janji temu yang telah ditetapkan.

Pengesahan Kehadiran
Anda perlu memastikan anda telah membuat pengesahan kehadiran dengan menghubungi kami di talian yang telah disediakan. Sekiranya anda tidak dapat menghadiri janji temu tersebut, sila hubungi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri untuk penjadualan semula tarikh dan masa yang sesuai. Penjadualan semula adalah tertakluk kepada jadual Setiausaha Kerajaan Negeri.

Pakaian
Semua pelawat yang melawat ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri hendaklah berpakaian sopan dan bersesesuaian. Meskipun tiada kod pakaian yang ditetapkan untuk bertemu dengan anggota perkhidmatan awam, orang awam dinasihatkan untuk mengamalkan etika budaya bersopan santun khususnya dalam pemakaian pakaian yang sopan.

Kawalan Keselamatan dan Akses ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Pejabat ini terletak di Kawasan Larangan dan Tempat Larangan (KLTL). Sehubungan itu, anda hendaklah mengambil langkah-langkah berikut untuk membuat lawatan ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri pada hari lawatan:

  1. Parkir kenderaan atau motorcade
    Kenderaan hendaklah diparkir di lot parkir pelawat yang terletak di hadapan Menara Kinabalu. Sekiranya anda menggunakan khidmat pemandu, anda boleh membuat 'drop-off' di hadapan perkarangan lobi Menara Kinabalu, Aras 1 dan kenderaan anda hendaklah diparkir di lot parkir pelawat. Bagi tetamu yang membawa motorcade, pegawai pengiring adalah dinasihatkan untuk memastikan motorcade diparkir di ruang yang telah ditetapkan dan tidak menghalang lalu-lintas di Menara Kinabalu.

  2. Helikopter atau Kenderaan Udara (Air Vehicle)
    Sekiranya anda hadir menggunakan helikopter atau sebarang kenderaan udara, anda perlu membuat permohonan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri dan mendapat kebenaran terlebih dahulu untuk menggunakan helipad pendaratan. Kebenaran Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) juga hendaklah diperolehi khususnya bagi menggunakan ruang udara disamping memastikan helikopter atau kenderaan udara itu memiliki lesen yang sah.

  3. Kad Akses Pelawat Sementara
    Kad Akses Pelawat Sementara (KAPS) hanya akan diberikan di Kaunter Pendaftaran, Aras 1, Blok A, Menara Kinabalu. Anda perlu mengisi borang pendaftaran dan deklarasi sebelum anda diberikan pas sementara yang berfungsi sebagai identifikasi identiti sementara, kad akses palang automatik dan kad akses lif. Kad ini diperlukan untuk membuka palang keselamatan dan seterusnya membolehkan anda melintasi halangan keselamatan terperingkat. Untuk mengakses lif, imbas kad KAPS pada peranti di lif dan tekan butang '28' untuk mengakses Aras 28. Sekiranya anda merupakan tetamu kenamaan, sila berhubung dengan Pegawai Khas kepada Setiausaha Kerajaan Negeri untuk mendapatkan khidmat pengiring Polis Bantuan Menara Kinabalu (PBMK) yang akan mengiring anda ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Sila kembalikan Kad Akses Pelawat Sementara (KAPS) sebelum anda meninggalkan Menara Kinabalu.

  4. Polis Pengiring, Pengawal Peribadi, Pembantu Peribadi atau Pihak Ketiga
    Polis Pengiring, Pengawal Peribadi, Pembantu Peribadi atau mana-mana Pihak Ketiga tidak boleh memasuki Bilik Kunjungan Hormat, Bilik Mesyuarat atau mana-mana bilik atau ruangan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri kecuali mendapat kebenaran daripada Setiausaha Kerajaan Negeri atau Pegawai Khas kepada Setiausaha Kerajaan Negeri. Kebenaran hanya akan diberikan bagi individu yang telah didaftarkan untuk bertemu dengan Setiausaha Kerajaan Negeri.

  5. Senjata, Alat Pertahanan Diri atau Penganggu Alat Digital (Jammer)
    Sekiranya anda atau pengiring, pengawal peribadi, pembantu peribadi atau mana-mana pihak yang dibenarkan bertemu dengan Setiausaha Kerajaan Negeri, tiada sebarang senjata, alat pertahanan diri atau penganggu alat digital (jammer) dibenarkan untuk memasuki Menara Kinabalu atau Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Anda perlu membuat deklarasi sekurang-kurangnya dua puluh empat (24) jam sebelum pertemuan dan mengemukakan permohonan untuk membawa senjata, alat pertahanan diri atau penganggu alat digital ke lokasi perjumpaan kepada Pegawai Khas Setiausaha Kerajaan Negeri. Sekiranya tidak dibenarkan, Polis Pengiring, Pengawal Peribadi, Pembantu Peribadi atau Pihak Ketiga yang membawa senjata, alat pertahanan diri atau penganggu alat digital hanya boleh berada di ruang legar Aras 1, Blok A, Menara Kinabalu dan tidak mempamerkan senjata atau mengaktifkan alat pertahanan diri atau penganggu alat digital tersebut sehingga meninggalkan perkarangan Menara Kinabalu.

  6. Bahan Pameran, Cenderamata, Peranti Teknikal atau Dron
    Anda perlu memaklumkan kepada Pegawai Khas Setiausaha Kerajaan Negeri sebelum membawa sebarang bahan pameran, cenderamata, peranti teknikal atau dron ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Pakej kotak hendaklah boleh dilihat dan tidak ditutup sehingga sukar untuk dibuka untuk tujuan imbasan keselamatan dan penelitian keselamatan. Pelancaran sebarang dron, teknologi robotik, kenderaan mudah alih atau kenderaan udara adalah tidak dibenarkan di sekitar kawasan Menara Kinabalu atau Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri kecuali mendapat kebenaran keselamatan.

Pencegahan COVID-19 atau Penyakit Berjangkit
Sila maklum bahawa rombongan dan pelawat yang telah bebas daripada COVID-19 atau Penyakit Berjangkit sahaja yang akan dibenarkan untuk melakukan lawatan. Meskipun anda telah diberikan kelulusan untuk lawatan, sekiranya anda terdiri daripada individu yang merupakan:
  1. Kontak Rapat;
  2. Diarah Menjalani Kuarantin; atau
  3. Kontak Kasual dengan Simptom, atau
  4. Diarahkan oleh Pihak Berkuasa Kesihatan untuk menjalani kuarantin atau rawatan;

anda akan sama sekali akan dihalang daripada meneruskan janji temu tersebut untuk memastikan keselamatan dan kesihatan semua pihak yang terlibat.

AS
Posted 4 months agoby Afendy Suraip
#18126 viewsEdited 4 months ago

Please login to post an answer

BINGKISAN INTEGRITI YB SKN
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps