Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

5A - Accessible by Anyone, Anytime, Anywhere and by Any device

Garis Panduan Perbelanjaan Berhemat

Soalan Lazim mengenai Garis Panduan Perbelanjaan Berhemat yang telah dikuatkuasakan pada 24 Mac 2016 menerusi Pekeliling Jabatan Ketua Menteri Bilangan 1 Tahun 2016. Pekeliling ini bertujuan untuk memperkukuhkan lagi langkah-langkah dan arahan-arahan dalam Pekeliling berhubung Garis Panduan Perbelanjaan Berhemat JKM Bil.1/2014 bertarikh 28 Januari 2014 dan Pekeliling berhubung Garis Panduan Langkah-Langkah Penjimatan Perbelanjaan Mengurus JKM Bil.1/2015 bertarikh 13 Februari 2015.

Apakah langkah-langkah perbelanjaan berhemat dalam garis panduan ini?

Langkah-Langkah Perbelanjaan Berhemat1. Penganjuran Kursus Kursus/majlis rasmi/mesyuarat hendaklah diadakan di pejabat/premis kerajaan sahaja. pemberian saguhati/cenderakenangan/doorgift semasa kursus/majlis rasmi/mesyuarat hendaklah ditiadakan.…
Langkah-Langkah Perbelanjaan Berhemat

1. Penganjuran Kursus
  1. Kursus/majlis rasmi/mesyuarat hendaklah diadakan di pejabat/premis kerajaan sahaja.
  2. pemberian saguhati/cenderakenangan/doorgift semasa kursus/majlis rasmi/mesyuarat hendaklah ditiadakan.
  3. Pencetakan dokumen/risalah kursus/majlis rasmi/mesyuarat hendaklah dikurangkan atau diberikan kepada peserta melalui e-mel.
  4. Penyediaan makanan dan minuman semasa kursus/majlis rasmi/mesyuarat hendaklah dikurangkan kuantiti dan kekerapannya.
2. Majlis Perpisahan dan Persaraan Peringkat Kementerian/Jabatan
  1. Majlis  Perpisahan dan Persaraan Kementerian/Jabatan tidak perlu diadakan. Para pesara akan diraikan di Majlis Persaraan Peringkat Negeri.
3. Sambutan Perayaan Peringkat Kementerian/Jabatan
  1. Majlis sambutan perayaan di Peringkat Kementerian/Jabatan seperti Sambutan Hari Raya, Hari Krismas dan Tahun Baru Cina yang menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri tidak perlu diadakan.
4. Penggunaan Kenderaan
  1. Ketua Jabatan hendaklah memantau dan memastikan Kenderaan Jabatan digunakan untuk tujuan rasmi sahaja.
  2. Penggunaan bahan bakar/minyak kenderaan hendaklah dikawal.
5. Penggunaan Utiliti
  1. Ketua Jabatan hendaklah memastikan penggunaan utiliti dibuat secara berjimat cermat dan terkawal.
6. Pengubahsuaian Ruang Pejabat
  1. Semua permohonan baharu bagi pengubahsuaian ruang pejabat Kementerian, Jabatan, Badan-Badan Berkanun, Agensi Kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah dibekukan.
7. Sewaan Ruang Pejabat
  1. Kementerian, Jabatan, Badan-Badan Berkanun, Agensi Kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengoptimumkan penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis bagi kegunaan sebagai pejabat.
8. Penggantian Alat Kelengkapan Pejabat
  1. Penggantian alat kelengkapan pejabat dihadkan kepada alat-alat kelengkapan yang rosak dan telah disyorkan untuk pelupusan.
9. Pembelian Stok Pejabat
  1. Pembelian stok pejabat hendaklah dikawal mengikut keperluan semasa. Pembelian stok berlebihan hendaklah dielakkan.
10. Perjalanan Rasmi ke Luar Negara
  1. Perjalanan rasmi bagi tujuan menghadiri persidangan, seminar, kursus, bengkel dan pameran di luar negara adalah dihadkan kepada sekali setahun untuk maksima dua orang pegawai sahaja bagi setiap organisasi.
  2. Jika terdapat keperluan mendesak melebihi ketetapan di atas, maka kelulusan khas daripada Setiausaha Kerajaan Negeri hendaklah diperolehi terlebih dahulu.
11. Lawatan Sambil Belajar Secara Berkumpulan Dalam Malaysia
  1. Semua lawatan sambil belajar secara berkumpulan di luar negeri Sabah adalah dibekukan.
12. Penggunaan Syarikat Pengurusan Acara (Event Management)
  1. Semua Kementerian, Jabatan, Badan-Badan Berkanun, Agensi Kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengurangkan penggunaan syarikat pengurusan acara (event management) serta pemberian saguhati dan cenderamata semasa penganjuran persidangan/seminar/pameran/mesyuarat/kursus/bengkel/majlis rasmi Kerajaan Negeri dan sebagainya.
13. Baju Korporat atau Batik Khas
  1. Penyediaan baju korporat atau batik khas sempena majlis-majlis pelancaran untuk program-program Kerajaan Negeri hendaklah ditiadakan.

Latar Belakang Garis Panduan Perbelanjaan Berhemat

Garis panduan perbelanjaan berhemat telah berkuatkuasa pada 24 Mac 2016 menerusi Pekeliling Jabatan Ketua Menteri Bilangan 1 Tahun 2016.Pekeliling ini…
Garis panduan perbelanjaan berhemat telah berkuatkuasa pada 24 Mac 2016 menerusi Pekeliling Jabatan Ketua Menteri Bilangan 1 Tahun 2016.

Pekeliling ini bertujuan untuk memperkukuhkan lagi langkah-langkah dan arahan-arahan dalam Pekeliling berhubung Garis Panduan Perbelanjaan Berhemat JKM Bil.1/2014 bertarikh 28 Januari 2014 dan Pekeliling berhubung Garis Panduan Langkah-Langkah Penjimatan Perbelanjaan Mengurus JKM Bil.1/2015 bertarikh 13 Februari 2015.

Kerajaan Negeri memandang serius akan disiplin dan pematuhan langkah-langkah perbelanjaan berhemat. Oleh yang demikian, Setiausaha Tetap Kementerian, Ketua Jabatan Negeri, Ketua Badan Berkanun dan Ketua Agensi-agensi selaku Pegawai Pengawal adalah dipertanggungjawabkan dan diminta untuk mematuhi garis panduan ini.

Pengecualian Pekeliling Jabatan Ketua Menteri Bilangan 1 Tahun 2016

Soalan lazim mengenai pengecualian daripada Pekeliling Jabatan Ketua Menteri Bilangan 1 Tahun 2016 berkaitan Garis Panduan Perbelanjaan Berhemat
Tidak. Keputusan pertimbangan Setiausaha Kerajaan Negeri tidak berdasarkan pertimbangan keputusan terdahulu. Setiap permohonan adalah dipertimbangkan secara satu persatu (case by case) dan bukan berdasarkan keputusan terdahulu.

Pertimbangan ini diteliti dan dilaksanakan berdasarkan Pekeliling, Peraturan, Garis Panduan, Surat Arahan atau sebarang arahan rasmi yang diputuskan oleh Kerajaan untuk memastikan pelaksanaan tadbir urus baik dan tatakelola kewangan yang berimpak tinggi.

Sesuatu penganjuran persidangan/seminar/pameran/mesyuarat/kursus/bengkel/majlis rasmi Kerajaan Negeri telah dilaksanakan tanpa kelulusan pengecualian. Apa yang perlu saya laksanakan?

Adalah diingatkan bahawa semua Ketua Jabatan selaku Pegawai Pengawal adalah bertanggungjawab memastikan segala peraturan dan arahan dipatuhi serta tidak berlaku…
Adalah diingatkan bahawa semua Ketua Jabatan selaku Pegawai Pengawal adalah bertanggungjawab memastikan segala peraturan dan arahan dipatuhi serta tidak berlaku sebarang ketirisan peruntukan, penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa.

Kegagalan mematuhi arahan ini boleh disifatkan sebagai ingkar perintah, tidak bertanggungjawab dan tidak berintegriti serta boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah 2008 (Kelakuan dan Tatatertib).

Sehubungan itu, tiada alasan dalam apa jua keadaan sekalipun sesuatu pelaksanaan persidangan/seminar/pameran/mesyuarat/kursus/bengkel/majlis rasmi Kerajaan Negeri diadakan tanpa kelulusan. Perkara ini adalah kerana:
  1. Sesuatu persidangan/seminar/pameran/mesyuarat/kursus/bengkel atau majlis rasmi Kerajaan Negeri memerlukan perancangan yang rapi. Oleh yang demikian, tidak ada satu alasanpun yang membolehkan peraturan-peraturan atau pekeliling yang sedang berkuatkuasa untuk tidak dipatuhi.
  2. Penganjuran apa jua persidangan/seminar/pameran/mesyuarat/kursus/bengkel atau majlis rasmi Kerajaan Negeri adalah berpaksikan penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berintegriti. Kewajaran pematuhan hendaklah menjadi prioriti kepada semua pihak Kementerian, Jabatan, Badan-Badan Berkanun, Agensi Kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Permohonan Pengecualian Pekeliling Jabatan Ketua Menteri Bilangan 1 Tahun 2016

Sekiranya sesuatu persidangan/seminar/pameran/mesyuarat/kursus/bengkel/majlis rasmi Kerajaan Negeri diadakan tanpa kelulusan, pihak Kementerian, Jabatan, Badan-Badan Berkanun, Agensi Kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan akan mengalami kesulitan khususnya dalam prosedur pembayaran dan tatakelola kewangan. Sehubungan itu, kelulusan pengecualian Pekeliling Jabatan Ketua Menteri Bilangan 1 Tahun 2016 adalah masih wajib dipohon dan diperolehi untuk tujuan tersebut.

Ketua Jabatan selaku Pegawai Pengawal adalah bertanggungjawab untuk memohon pengecualian Pekeliling Jabatan Ketua Menteri Bilangan 1 Tahun 2016 berkenaan Garis Panduan Perbelanjaan Berhemat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri. Permohonan ini hendaklah dikemukakan berdasarkan panduan yang berikut:
  1. Surat Permohonan Bertulis hendaklah dikemukakan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri dengan Tunjuk Sebab, Justifikasi, Senarai Perbelanjaan dan maklumat lengkap berkenaan persidangan/seminar/pameran/mesyuarat/kursus/bengkel/majlis rasmi Kerajaan Negeri diadakan tanpa kelulusan;
  2. Dokumen-dokumen sokongan hendaklah dilampirkan bersama dalam surat permohonan tersebut; dan
  3. Permohonan hendaklah dikemukakan tidak lebih dari tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh penganjuran.
Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri melalui alamat yang berikut:

Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Pihak Pemohon (Kementerian, Jabatan, Badan-Badan Berkanun, Agensi Kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan) akan menerima e-mel rasmi daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri mengenai pemakluman permohonan mereka.

E-mel seterusnya akan disampaikan selepas mendapat pertimbangan daripada Setiausaha Kerajaan Negeri sama ada permohonan tersebut mendapat persetujuan atau tidak. Pertimbangan keputusan  permohonan pengecualian daripada Setiausaha Kerajaan Negeri adalah muktamad.

Permohonan pengecualian telah dikemukakan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri namun tidak dipertimbangkan. Apakah yang perlu saya laksanakan?

Keputusan yang disampaikan adalah muktamad. Setiap permohonan telah diteliti dan dipertimbangkan berdasarkan peraturan-peraturan serta pekeliling yang sedang berkuatkuasa.
Keputusan yang disampaikan adalah muktamad. Setiap permohonan telah diteliti dan dipertimbangkan berdasarkan peraturan-peraturan serta pekeliling yang sedang berkuatkuasa.

Bolehkah sesuatu persidangan/seminar/pameran/mesyuarat/kursus/bengkel/majlis rasmi Kerajaan Negeri dan sebagainya dilaksanakan terlebih dahulu tanpa memohon kelulusan pengecualian Pekeliling Jabatan Ketua Menteri Bilangan 1 Tahun 2016?

Tidak. Sesuatu persidangan/seminar/pameran/mesyuarat/kursus/bengkel/majlis rasmi Kerajaan Negeri dan sebagainya tidak boleh dilaksanakan tanpa memohon kelulusan pengecualian Pekeliling Jabatan Ketua Menteri Bilangan…
Tidak. Sesuatu persidangan/seminar/pameran/mesyuarat/kursus/bengkel/majlis rasmi Kerajaan Negeri dan sebagainya tidak boleh dilaksanakan tanpa memohon kelulusan pengecualian Pekeliling Jabatan Ketua Menteri Bilangan 1 Tahun 2016.

Adalah diingatkan bahawa semua Ketua Jabatan selaku Pegawai Pengawal adalah bertanggungjawab memastikan segala peraturan dan arahan dipatuhi serta tidak berlaku sebarang ketirisan peruntukan, penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa. Kegagalan mematuhi arahan ini boleh disifatkan sebagai ingkar perintah, tidak bertanggungjawab dan tidak berintegriti serta boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah 2008 (Kelakuan dan Tatatertib).

Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan pengecualian Pekeliling Jabatan Ketua Menteri Bilangan 1 Tahun 2016?

Pihak Kementerian, Jabatan, Badan-Badan Berkanun, Agensi Kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan surat rasmi bertulis yang ditandatangani oleh Ketua…
Pihak Kementerian, Jabatan, Badan-Badan Berkanun, Agensi Kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan surat rasmi bertulis yang ditandatangani oleh Ketua Jabatan yang menyatakan maklumat terperinci, justifikasi dan melampirkan bersama dokumen-dokumen sokongan yang lengkap.

Contoh Dokumen Sokongan
  • Dokumen Kewangan: Dokumen Pengesahan Peruntukan Tersedia, Pro Forma Invois, Sebut Harga atau Invois.
  • Dokumen Maklumat: Kertas Kerja, Kertas Kajian, Senarai Nama, Senarai Perbelanjaan dan lain-lain yang berkaitan.
  • Dokumen Tambahan: Surat Rasmi daripada agensi yang diiktiraf Kerajaan.

Bagaimana pihak Kementerian, Jabatan, Badan-Badan Berkanun, Agensi Kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan memohon pengecualian pemakaian Pekeliling Jabatan Ketua Menteri Bilangan 1 Tahun 2016?

Sekiranya didapati terdapat keperluan mendesak dan berdasarkan justifikasi yang kukuh, pihak Kementerian, Jabatan, Badan-Badan Berkanun, Agensi Kerajaan dan Pihak Berkuasa…
Sekiranya didapati terdapat keperluan mendesak dan berdasarkan justifikasi yang kukuh, pihak Kementerian, Jabatan, Badan-Badan Berkanun, Agensi Kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan boleh memohon untuk pengecualian Pekeliling Jabatan Ketua Menteri Bilangan 1 Tahun 2016 dengan mengemukakan surat permohonan rasmi bertulis kepada Setiausaha Kerajaan Negeri.

Permohonan ini hendaklah dikemukakan oleh Ketua Jabatan Kementerian, Jabatan, Badan-Badan Berkanun, Agensi Kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan sebelum melaksanakan sesuatu perkara yang memerlukan pengecualian.

Bolehkah Kementerian, Jabatan, Badan-Badan Berkanun, Agensi Kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan memohon pengecualian daripada Pekeliling ini?

Kementerian, Jabatan, Badan-Badan Berkanun, Agensi Kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan boleh memohon pengecualian pemakaian Pekeliling ini atas sebab-sebab yang mendesak…
Kementerian, Jabatan, Badan-Badan Berkanun, Agensi Kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan boleh memohon pengecualian pemakaian Pekeliling ini atas sebab-sebab yang mendesak dan tidak dapat dielakkan. Permohonan hendaklah dikemukakan sebelum pelaksanaan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri.

Walaubagaimanapun, pengecualian ini hanya akan diberikan berdasarkan penelitian dan pertimbangan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri.

Pelaksanaan Penggunaan Sistem iHemah

Soalan lazim mengenai Sistem iHemah yang berkaitan dengan penyampaian keputusan pengecualian daripada Pekeliling Jabatan Ketua Menteri Bilangan 1 Tahun 2016

Ketua Jabatan tidak menerima e-mel kelulusan. Apa perlu saya laksanakan?

Sekiranya pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri mengesahkan keputusan permohonan telah disampaikan dan pihak Kementerian, Jabatan, Badan-Badan Berkanun, Agensi Kerajaan dan…
Sekiranya pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri mengesahkan keputusan permohonan telah disampaikan dan pihak Kementerian, Jabatan, Badan-Badan Berkanun, Agensi Kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan tidak menerima e-mel keputusan, sila laksanakan perkara yang berikut:
  1. Sekiranya Ketua Jabatan tidak menerima e-mel kelulusan, sila semak terlebih dahulu peti masuk (inbox) e-mel Ketua Jabatan untuk memastikan kapasiti mel masih dalam tahap yang baik (tidak penuh dan mampu menerima e-mel baharu).
  2. Sila kemukakan e-mel kepada pejabatskn.jkm[@]sabah.gov.my dan salinkan kepada Afendy.Suraip[@]sabah.gov.my untuk memohon jana semula e-mel keputusan tersebut dengan mengemukakan nombor rujukan permohonan.
  3. Penjanaan e-mel kelulusan baharu akan dijana selepas permohonan diterima.

Ketua Jabatan saya telah menerima e-mel kelulusan daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Adakah dokumen ini sah diguna pakai untuk tujuan rasmi khususnya pembayaran?

Sistem iHemah menyampaikan keputusan menerusi e-mel rasmi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri menerusi alamat pejabatskn.jkmsabah.gov.my. Penyampaian keputusan ini akan disahkan secara…
Sistem iHemah menyampaikan keputusan menerusi e-mel rasmi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri menerusi alamat pejabatskn.jkm[@]sabah.gov.my.

Penyampaian keputusan ini akan disahkan secara digital oleh Ketua Penolong Setiausaha, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri selaku penyampai keputusan kepada pihak pemohon yakni Ketua Jabatan kepada Kementerian, Jabatan, Badan-Badan Berkanun, Agensi Kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Dokumen kelulusan ini sah untuk digunapakai untuk tujuan rasmi khususnya dalam proses pembayaran kerana pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri juga menyimpan salinan digital dan salinan fizikal kelulusan untuk rujukan sekiranya terdapat keperluan untuk pengesahan.

Apakah itu iHemah?

iHemah adalah sebuah sistem yang dibangunkan untuk memudahkan pengesanan perbelanjaan semua agensi yang memohon pengecualian Pekeliling Jabatan Ketua Menteri Bilangan…
iHemah adalah sebuah sistem yang dibangunkan untuk memudahkan pengesanan perbelanjaan semua agensi yang memohon pengecualian Pekeliling Jabatan Ketua Menteri Bilangan 1 Tahun 2016.

Sistem ini menyampaikan keputusan permohonan pengecualian Pekeliling Jabatan Ketua Menteri Bilangan 1 Tahun 2016 kepada pihak Kementerian, Jabatan, Badan-Badan Berkanun, Agensi Kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Penyampaian keputusan hanya akan dibuat selepas mendapat pertimbangan daripada Setiausaha Kerajaan Negeri.
Slide
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps