Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

5A - Accessible by Anyone, Anytime, Anywhere and by Any device

Apakah langkah-langkah perbelanjaan berhemat dalam garis panduan ini? Resolved

0
Langkah-Langkah Perbelanjaan Berhemat

1. Penganjuran Kursus
  1. Kursus/majlis rasmi/mesyuarat hendaklah diadakan di pejabat/premis kerajaan sahaja.
  2. pemberian saguhati/cenderakenangan/doorgift semasa kursus/majlis rasmi/mesyuarat hendaklah ditiadakan.
  3. Pencetakan dokumen/risalah kursus/majlis rasmi/mesyuarat hendaklah dikurangkan atau diberikan kepada peserta melalui e-mel.
  4. Penyediaan makanan dan minuman semasa kursus/majlis rasmi/mesyuarat hendaklah dikurangkan kuantiti dan kekerapannya.
2. Majlis Perpisahan dan Persaraan Peringkat Kementerian/Jabatan
  1. Majlis  Perpisahan dan Persaraan Kementerian/Jabatan tidak perlu diadakan. Para pesara akan diraikan di Majlis Persaraan Peringkat Negeri.
3. Sambutan Perayaan Peringkat Kementerian/Jabatan
  1. Majlis sambutan perayaan di Peringkat Kementerian/Jabatan seperti Sambutan Hari Raya, Hari Krismas dan Tahun Baru Cina yang menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri tidak perlu diadakan.
4. Penggunaan Kenderaan
  1. Ketua Jabatan hendaklah memantau dan memastikan Kenderaan Jabatan digunakan untuk tujuan rasmi sahaja.
  2. Penggunaan bahan bakar/minyak kenderaan hendaklah dikawal.
5. Penggunaan Utiliti
  1. Ketua Jabatan hendaklah memastikan penggunaan utiliti dibuat secara berjimat cermat dan terkawal.
6. Pengubahsuaian Ruang Pejabat
  1. Semua permohonan baharu bagi pengubahsuaian ruang pejabat Kementerian, Jabatan, Badan-Badan Berkanun, Agensi Kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah dibekukan.
7. Sewaan Ruang Pejabat
  1. Kementerian, Jabatan, Badan-Badan Berkanun, Agensi Kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengoptimumkan penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis bagi kegunaan sebagai pejabat.
8. Penggantian Alat Kelengkapan Pejabat
  1. Penggantian alat kelengkapan pejabat dihadkan kepada alat-alat kelengkapan yang rosak dan telah disyorkan untuk pelupusan.
9. Pembelian Stok Pejabat
  1. Pembelian stok pejabat hendaklah dikawal mengikut keperluan semasa. Pembelian stok berlebihan hendaklah dielakkan.
10. Perjalanan Rasmi ke Luar Negara
  1. Perjalanan rasmi bagi tujuan menghadiri persidangan, seminar, kursus, bengkel dan pameran di luar negara adalah dihadkan kepada sekali setahun untuk maksima dua orang pegawai sahaja bagi setiap organisasi.
  2. Jika terdapat keperluan mendesak melebihi ketetapan di atas, maka kelulusan khas daripada Setiausaha Kerajaan Negeri hendaklah diperolehi terlebih dahulu.
11. Lawatan Sambil Belajar Secara Berkumpulan Dalam Malaysia
  1. Semua lawatan sambil belajar secara berkumpulan di luar negeri Sabah adalah dibekukan.
12. Penggunaan Syarikat Pengurusan Acara (Event Management)
  1. Semua Kementerian, Jabatan, Badan-Badan Berkanun, Agensi Kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengurangkan penggunaan syarikat pengurusan acara (event management) serta pemberian saguhati dan cenderamata semasa penganjuran persidangan/seminar/pameran/mesyuarat/kursus/bengkel/majlis rasmi Kerajaan Negeri dan sebagainya.
13. Baju Korporat atau Batik Khas
  1. Penyediaan baju korporat atau batik khas sempena majlis-majlis pelancaran untuk program-program Kerajaan Negeri hendaklah ditiadakan.
AS
Posted 1 month agoby Afendy Suraip
#421 viewsEdited 1 month ago

Please login to post an answer

Slide
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps