Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn
RAYA 2024
RAYA 2024
  • 6172532

    Biografi SKN
  • 6172532

    Perutusan
    Tahun 2024
  • 6172532

    Aplikasi
    G2E Sabah
  • 6172532

    Dashboard
    Kerajaan
  • 6172532

    Sistem
    Janji Temu
  • 6172532

    Sistem
    i-Adu
 
Slide
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir dan Batin
daripada seluruh warga Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

Akses Pantas Perkhidmatan Kerajaan

  • 6172532

    Saluran Aduan
  • 6172532

    Digital
    Sabah
  • 6172532

    Sistem
    ePP 2.1
  • Bayu AI

    Bayu AI
  • 6172532

    Sabah
    Tamu
  • 6172532

    BizSabah
    VEP
  • 6172532

    JTUWMA
    Pro
 

Epilog Ekadasa Sabah Maju Jaya 2022

KOTA KINABALU: Penganjuran Program Ekadasa Sabah Maju Jaya (SMJ) menjadi platform untuk mengetengahkan penjanaan idea-idea baharu dan segar.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong berkata, penjanaan idea baharu dan segar merupakan nadi utama dalam merealisasikan matlamat Hala Tuju Sabah Maju Jaya.

“Kadang-kadang apa yang kita rancang hanya berdasarkan kehendak atau kemahuan kita yang akhirnya tidak dapat memenuhi keperluan sebenar rakyat di lapangan.

“Oleh itu, kita perlu memastikan agar masyarakat sentiasa didekati dan didengari supaya kita dapat melaksanakan perancangan yang teratur seterusnya dapat meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan awam.

“Melalui program ekadasa ini, kerajaan negeri tidak hanya membataskan perolehan input-input baharu daripada kalangan penjawat awam sahaja malah turut mengalu-alukan perolehan input dari pemegang-pemegang taruh yang lain termasuk ahli-ahli akademik dan juga warga belia,” katanya ketika berucap pada Majlis Epilog Ekasada Sabah Maju Jaya di Sabah International Convention Centre (SICC).

Dalam ucapannya, Safar turut mendedahkan pelbagai inisiatif berimpak tinggi telah dilaksanakan dan dicapai dalam tempoh setahun Hala Tuju Sabah Maju Jaya sejak dilancarkan pada 29 Mac 2021.

“Kita perlu terus komited bagi melakukan yang terbaik secara berterusan kerana kita sedar bahawa masih banyak perkara yang perlu diperbaiki dan ditambah baik dari semasa ke semasa.

“Justeru itu, kita semua akan terus bekerja sebagai satu pasukan dan bersedia pada bila-bila masa memberi komitmen yang tinggi untuk mencapai kecemerlangan demi Sabah Maju Jaya,” ujar beliau.

Pada majlis itu, Safar juga menerima rumusan Ekasada Sabah Maju Jaya daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai.

Majlis turut dihadiri Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian dan ketua-ketua jabatan kerajaan Negeri.

Slide
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps