Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

Taklimat dan Perbincangan Mengenai Pangkalan Data Utama (PADU)

04 Januari 2024 (Khamis) - Kota Kinabalu: YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Untong telah menerima kunjungan pihak Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sabah yang diketuai oleh Pengarahnya, YBhg. Encik Muhammad Amri bin Idris untuk sesi taklimat dan perbincangan mengenai Pangkalan Data Utama (PADU) di pejabatnya hari ini.

Pangkalan Data Utama (PADU), mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia. Maklumat profil ini akan diperolehi melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber.
 
Bermula 2 Januari 2024, semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas digalakkan mendaftar dan mengemas kini maklumat ke dalam PADU.

Hadir bersama dalam sesi taklimat dan perbincangan ini YBhg. Datuk Haji Rosmadi bin Sulai Ketua Pegawai Penyelaras Sekretariat Sabah Maju Jaya, YBrs. Encik Surhardi bin Omar, Timbalan Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sabah, YBrs. Puan Doria Tai Pengarah Bahagian Kerajaan Digital, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri.


Slide
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps