Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

Taklimat Cadangan Projek Pewujudan Pusat Kawalan Dan Arahan Kota Kinabalu (Kota Kinabalu Command And Control Centre - KKCCC) Dan Pemasangan Sistem Internet Of Things (IoT)

04 Januari 2024 (Khamis) - Kota Kinabalu: YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Untong telah menerima kunjungan pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu untuk sesi taklimat Cadangan Projek Pewujudan Pusat Kawalan Dan Arahan Kota Kinabalu (Kota Kinabalu Command And Control Centre - KKCCC) Dan Pemasangan Sistem Internet Of Things (IoT) di pejabatnya hari ini.

Hadir dalam sesi taklimat ini, YBhg. Datuk Nor Asiah Binti Mohd Yusof Peguam Besar Negeri Sabah, YBhg. Datuk Seri Dr Sabin Samitah Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), YBhg. Puan Ernywati Dewi Abas Pengarah Jabatan Komputer Negeri Sabah, YBrs. Puan Doria Tai Pengarah Bahagian Kerajaan Digital, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri.

Sesi taklimat ini juga dihadiri oleh wakil daripada Kementerian Kewangan Negeri Sabah dan SabahNet Sdn. Bhd.


BINGKISAN INTEGRITI YB SKN
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps