Sesi Rundingan & Penyelarasan Kementerian Wilayah Persekutuan Dengan Kerajaan Negeri Sabah mengenai Rancangan Pemajuan WP Labuan 2040
Datuk Seri Hajah Rosida Binti Jaafar, Ketua Setiausaha KWP menyatakan perbincangan ini merupakan titik permulaan bagi pelbagai kerjasama strategik antara WP Labuan-Sabah. Sesi ini juga mengintai peluang usahasama yang boleh dijalinkan dan ditambah baik antara dua negeri dalam aspek pembangunan ekonomi, pelaburan, pembinaan infrastruktur termasuk Jambatan Labuan-Sabah. Semoga segala perancangan ini dapat dilaksanakan dengan terancang demi kesejahteraan warga WP Labuan.