Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

TYT, Ketua Menteri Rai Keberangkatan Jemaah Haji Sabah

{Play}KOTA KINABALU : Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin menasihati jemaah haji negeri ini supaya sentiasa mengikuti panduan kesihatan dan amalan pemakanan disarankan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) sepanjang berada di Mekah.

Beliau turut mengingatkan agar para jemaah haji mengikuti prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengelakkan jangkitan COVID-19, di samping sentiasa mengambil berat tentang kesihatan dan menjaga kebersihan diri agar mereka dapat melaksanakan ibadah haji dengan sempurna.

“Saya mendoakan perjalanan semua jemaah haji dari Sabah ke Tanah Suci pada tahun ini diberikan keselamatan dan dipermudahkan.

“Semoga para jemaah haji dapat mengerjakan ibadat dengan sempurna dan kembali ke tanah air dengan haji yang mabrur,” katanya ketika berucap pada majlis meraikan keberangkatan kumpulan pertama jemaah haji Sabah bagi musim ini, petang tadi.

Turut hadir isteri Toh Puan Norlidah R.M Jasni; Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salag.

Juhar juga meminta agar jemaah haji Sabah sentiasa menjaga akhlak dan menjauhi segala anasir tidak sihat yang boleh menjejaskan imej negara serta hubungan baik antara Malaysia dan kerajaan Arab Saudi.

“Selain mendoakan kesejahteraan diri dan keluarga, saya meminta semua jemaah haji untuk turut mendoakan kesejahteraan dan keamanan negeri Sabah dan Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Juhar berkata mengambil iktibar daripada pelaksanaan haji, umat Islam khususnya di Sabah diharap dapat terus bersatu hati tanpa melihat kepada sebarang berbezaan yang boleh memecahbelahkan kesatuan ummah dan keharmonian masyarakat berbilang bangsa.

“Perhimpunan terbesar ini mengajar umat Islam untuk bersabar, bertoleransi dan berkasih sayang tanpa mengira warna kulit, bahasa, adat resam dan budaya,” katanya.

Sebanyak 142 jemaah haji dari Sabah berlepas ke Kuala Lumpur malam ini sebelum meneruskan penerbangan ke Tanah Suci. – BERNAMA

BINGKISAN INTEGRITI YB SKN
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps