Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

Pengarah SPR Sabah Adakan Kunjungan Hormat Perpisahan Sempena Persaraan

Kota Kinabalu, 16 Februari 2026 – Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sabah, Tuan Rohiman bin Rahia mengadakan kunjungan hormat perpisahan sempena persaraan beliau setelah menamatkan tempoh perkhidmatan di negeri ini.

Kunjungan hormat tersebut diadakan sebagai tanda penghargaan atas kerjasama erat yang terjalin sepanjang tempoh beliau berkhidmat sebagai Pengarah SPR Sabah dalam memastikan pengurusan serta pelaksanaan proses pilihan raya di negeri ini berjalan dengan lancar, teratur dan berintegriti.

Dalam pertemuan tersebut, Rohiman turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan kerjasama sepanjang beliau menjalankan tanggungjawab di Sabah.

Beliau juga menzahirkan harapan agar hubungan kerjasama yang telah terjalin antara Suruhanjaya Pilihan Raya dan pentadbiran kerajaan negeri akan terus diperkukuh pada masa hadapan demi memastikan kelancaran urusan berkaitan pilihan raya di negeri ini.

Pada kesempatan itu, ucapan setinggi-tinggi penghargaan turut dizahirkan kepada Rohiman atas segala jasa, komitmen dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai Pengarah SPR Sabah.

Selamat bersara diucapkan kepada beliau dan semoga sentiasa dikurniakan kesihatan serta kebahagiaan bersama keluarga dalam menempuh fasa baharu kehidupan selepas persaraan.
 
BINGKISAN INTEGRITI YB SKN
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps