Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

Kunjungan hormat perpisahan Ketua Pejabat Konsular Jepun bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

Kota Kinabalu, 9 Mac 2026 – Satu kunjungan hormat perpisahan oleh Mr. Yamashita Yoshito, Ketua Pejabat Konsular Jepun bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan telah diadakan di Bilik Kunjungan Hormat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Menara Kinabalu tengah hari tadi.

Kunjungan tersebut diadakan bersempena dengan tamatnya tempoh perkhidmatan beliau sebagai Head of Consular Office of Japan for Sabah, Sarawak and the Federal Territory of Labuan, setelah memainkan peranan penting dalam memperkukuh hubungan diplomatik serta kerjasama antara Jepun dan negeri Sabah sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Hubungan antara Sabah dan Jepun disifatkan sebagai hubungan yang kukuh dan saling menguntungkan, khususnya melalui pelaburan syarikat-syarikat Jepun di negeri ini serta kerjasama dalam pelbagai sektor pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat Sabah.

Kunjungan hormat ini turut menjadi platform untuk merakamkan penghargaan atas komitmen dan sumbangan beliau dalam mempereratkan hubungan baik antara Jepun dan Sabah sepanjang tempoh perkhidmatannya.

BINGKISAN INTEGRITI YB SKN
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps