Kota Kinabalu, 16 Februari 2026 – Program Jelajah Aspirasi Bebas Dadah (JABD) Bersama Skuad Dua Roda Peringkat Negeri Sabah Tahun 2026 dilancarkan secara rasmi menerusi Majlis Pelepasan yang berlangsung di Menara Kinabalu, di sini.
Majlis pelepasan konvoi tersebut disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor sebagai simbolik pembuka tirai pelaksanaan program Jelajah Aspirasi Bebas Dadah Negeri Sabah bagi tahun 2026.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP; Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Julita Majungki; Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sabah, Puan Elmariah Chung; serta Pengerusi SKUAD Antidadah Negeri Sabah, Datuk Haji Mazlan @ Joehari bin Manan.
Majlis berkenaan turut disertai wakil rakan strategik termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), foodpanda Malaysia serta Kelab Dua Roda Bersatu yang bersama-sama menyokong usaha memperkukuh kempen kesedaran antidadah di negeri ini.
Program jelajah tersebut melibatkan pelepasan konvoi Skuad Dua Roda bersama rakan strategik yang akan merentasi beberapa daerah utama di seluruh Sabah sebelum program kemuncaknya dijadualkan berlangsung pada September 2026.
Pendekatan jelajah ini dilihat sebagai platform efektif untuk menyampaikan mesej pencegahan dadah secara langsung kepada komuniti setempat, selain memperkukuh kesedaran masyarakat terhadap bahaya penyalahgunaan dadah.
Penganjuran program ini juga mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri bersama agensi berkaitan dan rakan strategik dalam memperkasakan usaha pencegahan serta membina masyarakat yang lebih prihatin dan bebas daripada ancaman dadah.
1
/2
Jelajah Aspirasi Bebas Dadah Sabah Dilancar, Konvoi Skuad Dua Roda Gerak Semarak Kempen Antidadah
Majlis pelepasan konvoi tersebut disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor sebagai simbolik pembuka tirai pelaksanaan program Jelajah Aspirasi Bebas Dadah Negeri Sabah bagi tahun 2026.
2

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah