Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

🔔 Pemakluman

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan
Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One-Off (BUDI), sila hubungi:

Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas)
Jabatan Ketua Menteri

Tingkat 29, Blok A, Menara Kinabalu
Jalan Teluk Likas, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
📞 088-369872 / 088-369164
📞 088-369897 / 088-369890

Kunjungan Hormat Dato' Dr Ahmad Fadzil bin Ahmad Tajuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

Kota Kinabalu, 16 April 2026 – YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah telah menerima kunjungan hormat daripada Dato' Dr Ahmad Fadzil bin Ahmad Tajuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor pada hari ini.

Kunjungan hormat ini merupakan usaha berterusan dalam memperkukuh hubungan kerjasama antara Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Selangor, khususnya dalam mempererat jaringan pentadbiran serta meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam.

Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah Datuk Norlija @ Norlijah binti Danin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran); Datuk Dr. Ahemad Sade, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan); Datuk Mohd Hanafiah bin Datuk Mohd Kassim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah (Tugas-Tugas Khas); serta Anthea James Jipanus, Timbalan Setiausaha Tetap (Operasi), Kementerian Kewangan Negeri Sabah.

Kunjungan ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua pihak dalam memperkukuh hubungan dua hala serta memperkasa kerjasama strategik antara kerajaan negeri.
Majlis kunjungan hormat ini diakhiri dengan sesi bergambar sebagai simbolik kepada jalinan hubungan erat yang terjalin.



 
BINGKISAN INTEGRITI YB SKN
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps