“Sudah lama saya mahu mengadakan majlis ini untuk memberi penghargaan kepada barisan doktor, doktor pakar dan jururawat yang terbabit dalam pandemik ini, termasuk mereka yang telah merawat saya dan isteri saya di hospital.
“Namun disebabkan ketika itu ada kekangan termasuk pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP), baharu malam ini majlis dapat dilaksanakan.
“Terima kasih kepada semua,” katanya dalam satu majlis makan malam penghargaan di sini malam tadi.
Yang turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Hj. Safar Untong dan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Rose Nani Mudin.
Pada majlis itu, Ketua Menteri turut mesra dengan petugas kesihatan yang hadir selain berpeluang bertemu dengan doktor dan jururawat yang menjaganya dan isteri sepanjang menerima rawatan.
Ketua Menteri turut melahirkan rasa syukur kerana selepas pelancaran pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) pada Mac tahun lalu, banyak program berimpak tinggi sudah mula dilaksanakan.
“Walaupun dilanda pandemik, saya tetap pastikan dasar kerajaan dapat dijalankan sama ada secara fizikal atau maya. Saya sebenarnya jarang bercakap soal politik di surat khabar sebab tumpuan saya adalah untuk membangunkan dan memulihkan semula ekonomi negeri ini…
“Saya rasa kita kini sudah di landasan yang betul dan usaha untuk memulihkan ekonomi sedang rancak kita laksanakan.
“Rakyat juga sudah mula menjalankan aktiviti seperti biasa namun saya berharap kita semua sentiasa menjaga kawalan kendiri,” katanya.