KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Haji Noor menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-138 di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya di sini, hari ini. Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, antaranya membincangkan isu pentadbiran dan berkaitan pembangunan rakyat. Turut hadir bersama YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah.






Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah



