Sebanyak empat rang undang-undang dibawa pada persidangan kedua penggal ketiga DUN Sabah Ke-16. Prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan COVID-19 seperti pemakaian pelitup muka dan ujian calitan masih dikuat kuasa ketika persidangan kali ini.
Persidangan kali ini DUN Sabah membenarkan kehadiran pemerhati, justeru mereka yang berminat untuk menjadi pemerhati dikehendaki membuat permohonan kepada pihak urus setia persidangan dimana sekolah, badan bukan kerajaan boleh buat permohonan begitu juga pemerhati Yang Berhormat Ahli Dewan tetapi dengan kapasiti dan tempoh yang terhad tertakluk kepada SOP yang telah ditetapkan.