Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

Perayaan Regatta Lepa kembali selepas 2 tahun

{Play}SEMPORNA: Sambutan Regatta Lepa yang mempromosikan budaya dan keunikan tradisi suku kaum Bajau menjadi daya tarikan pelancong ke Sabah.

Menteri Kebudayaan, Pelancongan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Arifin berkata, melalui pelbagai acara dan program kebudayaan suku kaum Bajau yang dipersembahkan kepada tontonan semua lapisan masyarakat, dapat memartabatkan lagi budaya.

“Pesta ini diperkenalkan pada tahun 1994 oleh Majlis Daerah Semporna merupakan satu sambutan bagi meraikan warisan sejarah etnik Bajau di daerah Semporna agar tidak luput ditelan zaman.“

Regatta Lepa juga banyak mengetengahkan unsur budaya dan tradisi, namun kita yakin manfaat dan impak positifnya turut menyumbang kepada sektor ekonomi serta sosial masyarakat khususnya dalam industri pelancongan.

“Kehadiran pelancong-pelancong tersebut menjadi sumber aset kepada Kerajaan dalam memperkasakan bidang pelancongan di negeri ini terutamanya dalam aspek pendapatan negara,” katanya semasa menghadiri Majlis Perasmian dan Sangom Maglami-Lami Sambutan Regatta Lepa kali ke-27 Bagi Tahun 2022 di Dataran Regatta Lepa baru-baru ini.

Majlis perasmian pada 16 Julai tersebut disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Datuk Seri Panglima Dr Juhar Mahiruddin.

Beliau percaya setelah sebulan pesta itu berlangsung, ia telah memperkukuh dan memantapkan lagi semangat perpaduan, persaudaraan, persahabatan dan semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat pelbagai suku, kaum dan budaya.

Sambutan Regatta Lepa itu juga dimeriahkan dengan beberapa acara pertandingan sukan air. Antara sukan yang dipertandingkan termasuk acara mengayuh kayak (Ma Kellek) kategori perseorangan dan regu lelaki dan wanita serta acara tarik tali perahu lelaki dan wanita.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor juga telah mengumumkan memperuntukkan RM9.5 juta bagi mempromosi budaya dan kepelbagaian etnik di negeri ini.

Beliau berkata peruntukan tersebut akan diberi kepada Lembaga Kebudayaan Sabah manakala RM400,000 lagi diberi kepada persatuan kebudayaan bagi menyemarakkan aktiviti kebudayaan, kesenian dan bahasa. “Ini adalah tanda kerajaan negeri serius dalam usaha mempromosikan kekayaan budaya dan kepelbagaian tarikan etnik di negeri ini yang merupakan aset penting kepada sektor pelancongan di negeri ini.

“Kerajaan negeri juga sedang melaksanakan Pelan Pemulihan Pelancongan untuk pelancong dalam dan luar negara manakala Pelan Pembangunan Kebudayaan Sabah juga akan digubal bagi mempromosikan warisan budaya Sabah.

“Dalam pada itu, pemain Industri pelancongan juga perlu untuk bersifat inovatif, sedia berubah dan bersedia mengadaptasi pendekatan baharu dalam mengatasi pelbagai kekangan yang dihadapi terutama situasi negara dalam peralihan ke endemik,” ujarnya.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pegawai Daerah Semporna, Juraimin Jadil pada Majlis Malam Penangguhan Regatta Lepa Semporna kali ke 27 bagi tahun 2020 di sini, pada Ahad.
Tambah Hajiji, tema sambutan, “Regatta Lepa Pemangkin Budaya Keluarga Malaysia” amat sesuai dan tepat dan ia berjaya menarik kehadiran pelancong ke Sabah khususnya ke daerah Semporna.

Slide
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps