Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

Gunakan konsep EVC tingkatkan produktiviti

{Play}KENINGAU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mahu semua pemain industri perkayuan di negeri ini untuk mentransformasikan industri itu dengan mengguna pakai konsep Rantaian Nilai Ekonomi (EVC) yang mengintegrasikan kedua-dua sektor pengeluaran huluan serta hiliran.

Katanya, pemprosesan perhutanan huluan dan hiliran merupakan sektor yang berdiri sendiri selama ini yang bermakna produk huluan tidak sepadan sepenuhnya dengan permintaan hiliran.

“Dengan konsep EVC, barisan pengeluaran ini akan bersepadu dan akan meningkatkan produktiviti pada skala yang lebih besar,” katanya ketika mengadakan lawatan kerja ke Jawala Plantation Industries Sdn Bhd dan Sapulut Forest Development Sdn Bhd di Hutan Simpan Sapulut, hari ini.

Hajiji berkata, ia adalah lawatan kerja pertamanya ke kawasan konsesi Perjanjian Lesen Pengurusan Hutan Mampan (SFMLA) sejak beliau memegang jawatan itu untuk melihat kemajuan fizikal inisiatif Sabah Maju Jaya (SMJ) dalam sektor perhutanan iaitu Transformasi Ladang Hutan melalui Pelan Tindakan Pembangunan Ladang Hutan (2022-2036) yang dilancarkan pada 22 Mac lalu.

Katanya, melalui Pelan Tindakan itu, kerajaan negeri mensasarkan untuk membangunkan 400,000 hektar ladang hutan dalam kawasan Hutan Simpan Komersial menjelang 2036.

Menurutnya, strategi pembangunan ladang hutan ini adalah untuk mengurangkan kebergantungan sektor industri perkayuan hiliran daripada sumber bekalan bahan mentah keluaran hutan asli dan dalam masa sama mengekalkan daya saing sektor ini pada masa hadapan.

Turut hadir ialah YB Setiausaha Kerajaan Negeri. Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong.




Slide
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps