Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

Pelan Pembangunan Hala Tuju SMJ mula buahkan hasil positif

{Play}KOTA KINABALU: Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang dilancarkan pada Mac tahun lalu untuk meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan rakyat kini mula membuahkan hasil positif.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, kejayaan turut dicapai dalam sektor lain seperti sektor pertanian, perindustrian dan pelancongan termasuk pembangunan modal insan untuk memastikan anak-anak Sabah tidak tercicir atau ketinggalan dalam bidang pekerjaan.

“Justeru, saya ingin menyeru semua rakyat Sabah untuk sama-sama menjayakannya, kerana Hala Tuju SMJ bermatlamat untuk memacu pembangunan yang komprehensif bertunjangkan kekuatan jati diri dan keteguhan semangat patriotisme bersesuaian dengan slogan jata negeri iaitu Sabah Maju Jaya," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Sabah 1444H/2022M di Dewan Sa’adah Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) hari ini.

Majlis disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin.

Hajiji berkata, sempena sambutan Maal Hijrah ini, umat Islam dianjurkan supaya sentiasa berusaha meningkatkan potensi dan kualiti segenap aspek bagi mencapai kecemerlangan di dunia dan kebahagiaan di akhirat.

Menurutnya, walaupun peristiwa hijrah rasulullah kini hanya tinggal nostalgia untuk diambil pengajaran dan iktibar, namun semangat hijrah dan keperluan untuk melakukan perubahan serta pembaharuan ke arah kebaikan sentiasa relevan, terutama ketika negara sedang berdepan pelbagai cabaran akibat pandemik COVID-19.

"Dalam mendepani senario yang amat mencabar masa kini, kita tidak boleh lari daripada fokus memelihara perpaduan rakyat, meningkatkan ekonomi dan membangunkan modal insan bagi meneruskan pembangunan di negeri ini.

“Justeru, saya berharap generasi muda masa depan kita akan terus melakukan yang terbaik dalam memikul amanah sebagai warga yang menjunjung tuntutan agama, bangsa dan negara.

"Keprihatinan terhadap perkara ini amat penting, kerana harapan dan prospek negara terletak kepada generasi muda yang akan memimpin negara dan negeri ini pada masa akan datang.

BINGKISAN INTEGRITI YB SKN
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps