Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah disambut meriah di Padang Merdeka

{Play}KOTA KINABALU : Sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Sabah tahun ini kembali diwarnai dengan keceriaan dan kibaran Jalur Gemilang selepas dua tahun hari kemerdekaan negara diraikan tanpa kemeriahan akibat pandemik COVID-19. Meskipun diadakan secara sederhana di Padang Merdeka, namun ianya tidak menghalang untuk orang ramai hadir pada acara berunsur patriotik seawal jam 6.30 pagi. Sambutan tahun ini juga menyaksikan pembabitan sebanyak 86 buah kontinjen meliputi pelbagai agensi kerajaan dan swasta termasuk badan bukan kerajaan (NGO) ; pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta selain pasukan anggota beruniform.

Acara hari ini bermula dengan ketibaan pemimpin-pemimpin negeri termasuk Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan Isteri Datin Seri Juliah Salag sekitar jam 7.25 pagi. Sambutan secara rasmi bermula dengan keberangkatan tiba Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni sekitar jam 7.30 pagi dan diikuti lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku.

Ia disusuli dengan pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama yang dianggotai seramai 130 anggota dan tiga pegawai lain-lain pangkat dari Batalion Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja. Sejurus itu, acara berjalan lalu kontinjen yang menyertai perarakan mula memasuki Padang Merdeka dengan dimulakan perarakan Jalur Gemilang oleh Tentera Darat Malaysia (TDM) diikuti perarakan bendera negeri Sabah oleh Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) seterusnya kontinjen yang bertanding.

Selesai itu, acara diteruskan dengan bacaan doa diikuti upacara menaikkan bendera Malaysia dan menyanyikan lagu Negaraku dan Sabah Tanh Airku seterusnya lafaz ikrar oleh 14 anggota unit beruniform.

Pada tahun ini, sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Sabah memberi Anugerah Khas kepada penuntut Kolej Vokasional Keningau Alesyah Asa yang menjadi wakil tunggal Malaysia khasnya negeri Sabah untuk Anugerah Global Student Prize yang dilangsungkan di Amerika Syarikat dam merupakan salah seorang calon daripada 50 orang yang terpilih di seluruh dunia.

Lebih 7,000 hadirin yang hadir kemudian dipersembahkan dengan persembahan Tempur Tanpa Senjata oleh TDM seterusnya koir dan persembahan khas oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.

Hadir sama pada majlis itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Sabah 2022 serta beberapa Jemaah Menteri Kabinet Sabah.

BINGKISAN INTEGRITI YB SKN
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps