Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

Kawasan lebih luas untuk industri penternakan rumpai laut di Sabah

{Play}TAWAU: Kerajaan negeri secara prinsipnya bersetuju untuk meluaskan Zon Industri Akuakultur (ZIA) yang akan membolehkan kawasan lebih besar bagi membangunkan penternakan rumpai laut di perairan Burst-Point Sebatik.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, langkah berkenaan juga akan memperkasakan taraf kehidupan penduduk setempat di kawasan terbabit.

Hajiji semalam menerima taklimat daripada Timbalan Pengarah Jabatan Perikanan Sabah Azhar Kassim yang menjelaskan Tawau merupakan pengeluar rumpai laut kedua terbesar di Sabah selepas Semporna.

Hajiji berkata, kawasan perairan Burst-Point yang bersebelahan dengan perairan Nunukan Indonesia didapati sangat sesuai dibangunkan untuk penternakan rumpai laut berkualiti tinggi.

Katanya, kini sejumlah 3,000 ekar kawasan telah digunakan hanya untuk industri berkenaan yang melibatkan 57 usahawan tempatan.

"Sejumlah 314 tan metrik rumpai laut berjaya dihasilkan dengan pendapatan keseluruhan bernilai RM2.4 juta telah diperolehi pada enam bulan pertama tahun ini," katanya

Beliau berkata demikian ketika mengetuai delegasi berkunjung ke Sempadan Maritim Malaysia-Indonesia di sini, hari ini.

Turut serta dalam rombongan itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong, Peguam Besar Negeri Datuk Nor Asiah Mohd Yusof, Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan Sabah Datuk Awang Shahminan Awang Sahari dan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Datuk Bernard Liew.

Turut mengiringi Hajiji ialah Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) DCP Haji Hamzah Ahmad, Pengarah Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah Alam Khan Abdul Wahid Khan dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun.

Dalam pada itu, Hajiji turut melawat Pos keselamatan Pasukan Gerakan Am di Burst-Point, Wallace Bay dan Sungai Melayu seterusnya menerima taklimat mengenai isu-isu keselamatan sempadan Malaysia-Indonesia.

Slide
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps