Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan (SOM) MABIMS ke-46 yang berlangsung di The Pacific Sutera Hotel, Kota Kinabalu, Sabah dari 26 September hingga 29 September 2022. Mesyuarat kali ini membawa tema ‘Keluarga MABIMS Tunjang Kesejahteraan Ummah’ dan antara agenda yang dimuatkan termasuk Seminar Kertas Tema SOM ke-46 yang telah diadakan pada 27 September lalu. Ia merupakan platform bagi membincangkan perancangan dan pelaksanaan pelbagai program keagamaan dalam bidang pendidikan, dakwah, kebeliaan dan sebagainya yang disepakati oleh negara-negara anggota MABIMS.
Seminar yang melibatkan 200 orang peserta itu telah dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Malaysia, Tuan Yang Terutama Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad.