Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

Portal SYABAS Pacu Pembangunan Usahawan Belia di Sabah

{Play}Kota Kinabalu: Kerajaan negeri Sabah pada Selasa melancarkan portal Skim Jaya Usahawan Belia (Syabas) sebagai inisiatif baharu dalam memacu gerakan pembangunan ekonomi serta pengukuhan golongan belia Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor melancarkan inisiatif yang diperkenalkan dalam Belanjawan Negeri 2022 itu di Menara Kinabalu di sini.

Menurut kenyataan Pejabat Media dan Komunikasi ,Jabatan Ketua Menteri, program berkenaan adalah inisiatif yang dirintis oleh Hajiji melalui aspirasi yang disuarakan generasi muda bagi membantu belia Sabah mengembangkan perniagaan sedia ada mahupun memulakan perniagaan baharu.

“Kerajaan negeri memperuntukkan RM10 juta untuk program Syabas bagi menyediakan bantuan kewangan kepada para usahawan belia. Sasaran program ini adalah belia Bumiputera Sabah berumur 18 hingga 40 tahun.

“Dana bagi belia yang ingin memulakan dan mengembangkan perniagaan dalam bentuk bantuan kewangan kecil, dan dana itu akan diselia oleh Kementerian Belia dan Sukan Sabah dengan kerjasama Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR),” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan antara objektif program Syabas termasuk membantu usahawan belia memulakan perniagaan setelah kehilangan pekerjaan selepas pandemik Covid-19 dan membantu mengembangkan produk serta operasi perniagaan mereka.

Program itu juga menjadi platform dalam membantu para usahawan belia membina rangkaian antarabangsa menerusi aktiviti perniagaan eksport dan import seterusnya memantapkan lagi perniagaan golongan berkenaan.

Para belia yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai program Syabas termasuk cara memohon skim itu boleh melayari laman sesawang https://syabas.gov.my.

Slide
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps