Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

Kerajaan Sabah lancar Rumah Mesra Sabah Maju Jaya

{Play}KUALA PENYU: Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (GRS-BN) melancarkan inisiatif Rumah Mesra SMJ untuk mengeluarkan penduduk luar bandar daripada kemiskinan dan memastikan penyediaan rumah mampu milik untuk mereka.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkata pelancaran Rumah Mesra SMJ adalah bermakna kepada Kerajaan Negeri GRS-BN kerana ia juga bertepatan dengan ulang tahun kedua menjadi teraju pentadbiran. GRS-BN membentuk Kerajaan Negeri pada 29 September 2020.

Hajiji memberi jaminan Kerajaan Negeri GRS-BN akan terus menggandakan usaha untuk menjaga kebajikan rakyat dan kepentingan negeri.

Beliau berkata, kebajikan rakyat termasuk pemilikan rumah adalah keutamaan kerajaan.

“Sebab itu selain memberi perhatian kepada sektor pertumbuhan utama dan pemulihan ekonomi di Hala Tuju Sabah Maju Jaya, kerajaan juga memberi tumpuan kepada teras kedua pelan pembangunan iaitu modal insan dan kemakmuran rakyat termasuk memastikan rakyat mempunyai rumah,” katanya.

Ketua Menteri mengulangi bahawa Rumah Mesra SMJ yang mengguna pakai konsep Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) adalah bagi membantu golongan yang berada di bawah garis kemiskinan memiliki rumah.

“Atas sebab itu, saya sering menekankan bahawa semua dasar dan program kerajaan yang sedang dirancang mestilah berorientasikan kemakmuran rakyat. Golongan miskin tidak boleh dipinggirkan,” katanya.

Menurut Hajiji, rumah itu akan dibina di semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) menggunakan geran khas Persekutuan RM125.6 juta yang disalurkan kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar Negeri tahun ini.

Setiap rumah berharga RM70,000, yang beliau harap dapat disiapkan mengikut jadual.

Pada masa sama, Hajiji telah meminta Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk memastikan hanya penerima yang layak mendapat rumah tersebut.

“Kita mesti pastikan keutamaan diberikan kepada mereka yang tidak memiliki rumah. Antara kriteria Rumah Mesra SMJ ialah mereka berada dalam senarai e-kasih, rumah rosak akibat bencana alam atau orang kurang upaya.

“Kerajaan akan sentiasa memantau rumah tersebut bagi memastikan ia tidak disewakan,” katanya.

Sebelum pelancaran rasmi di Rumah Budaya di sini, Hajiji melawat dua rumah model Rumah Mesra SMJ yang telah siap di Kampung Kepayan Skim, Menumbok dan Kampung Bundu, Kuala Penyu di mana beliau menyerahkan kunci rumah kepada pemilik baharu.

Hajiji juga meluluskan peruntukan untuk pembinaan esplanade di sepanjang Sungai Sitompok dan Dewan Kebudayaan Kuala Penyu.

Slide
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps