Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

1,500 Rumah Mesra Sabah Maju Jaya diberikan percuma kepada rakyat Sabah yang memerlukan

{Play}KUALA PENYU - Sebanyak 1,500 unit Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) bernilai RM70,000 juta bakal dibina di seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membantu golongan miskin tegar memiliki rumah.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, rumah terbabit akan dibina di semua 73 kawasan DUN menggunakan geran khas Persekutuan bernilai RM125.6 juta yang disalurkan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) negeri pada tahun ini.

Pada masa sama, Hajiji meminta KPLB memastikan hanya penerima yang layak mendapat rumah tersebut.

“Kita mesti pastikan keutamaan diberikan kepada mereka yang tidak memiliki rumah. Antara kriteria Rumah Mesra SMJ ialah mereka berada dalam senarai e-kasih, miskin dan miskin tegar yang berpendapatan di bawah RM1000, rumah rosak akibat bencana alam atau orang kurang upaya,” katanya ketika melancarkan Rumah Mesra SMJ di Perkampungan Rumah Budaya, daerah Kuala Penyu.

Jelas, Hajiji, kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-Barisan Nasional (BN) juga komited untuk terus menggandakan usaha bagi menjaga kebajikan rakyat termasuk pemilikan rumah.

Terdahulu, pelancaran Rumah Mesra SMJ itu sejajar dengan inisiatif kerajaan melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya bagi membantu rakyat dan memastikan mereka mempunyai akses kepada perumahan mampu milik.

Malah pelancaran itu juga memberi makna besar bagi Kerajaan Negeri GRS-BN kerana ia bertepatan dengan ulang tahun keduanya menerajui pentadbiran di Sabah.


Slide
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps