Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

Majlis Jasamu Dikenang Pesara Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Tahun 2022

{Play}KOTA KINABALU - Majlis Jasamu Dikenang Pesara Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Tahun 2022 telah berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC), hari ini.

Seramai 1,167 orang pesara pelbagai gred dari tahun 2019 hingga 2021 diraikan dalam majlis berkenaan yang disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah.

Semasa berucap, YAB Ketua Menteri mengumumkan geran peruntukan khas sebanyak RM100,000 kepada Persatuan Pesara Kerajaan Sabah.

Inisiatif ini akan diberikan setiap tahun bagi memudahkan pelaksanaan program dan aktiviti persatuan berkenaan.

Tiga lagi inisiatif adalah tambahan Bantuan Khas Kewangan kepada pesara sebanyak RM150.00 yang akan dicarumkan dalam akaun i-Saraan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dan peningkatan jumlah maksimum Gantian Cuti Rehat (GCR) daripada 160 hari kepada 180 hari mulai tahun hadapan selaras pengumuman Perdana Menteri.

Inisiatif seterusnya iaitu penyediaan pejabat untuk pesara di beberapa daerah yang akan dikenalpasti.

Selain itu, Kerajaan telah menambahbaik kemudahan rawatan perubatan yang turut dipanjangkan untuk ibu bapa pesara berpencen dan pesara skim KWSP dan penambahan tempoh perkhidmatan faedah pesaraan secara isyarat untuk tempoh perkhidmatan kurang daripada 359 bulan atas sebab kesihatan.
Kerajaan juga meluluskan peningkatan jumlah maksimum GCR daripada 150 hari kepada 160 hari dan kebenaran penebusan awal award GCR sebanyak 80 hari mulai Januari 2022.

Sehubungan dengan itu, Kerajaan akan merancang untuk mewujudkan lebih banyak inisiatif bagi meningkatkan penglibatan pesara kerajaan yang berkemahiran dan berkepakaran dalam penetapan, pemantauan serta penilaian keberkesanan inisiatif-inisiatif Kerajaan Negeri.

Justeru, YAB Ketua Menteri berharap semua pesara untuk terus menyematkan semangat cintakan negara, mengekalkan sokongan dan keyakinan diri kepada pemimpin yang sedang memerintah sekaligus membantu menjayakan agenda Hala Tuju Sabah Maju Jaya.

Slide
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps