Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

Sambutan Maulidur Rasul 1444H Disambut Meriah di Sandakan

{Play} SANDAKAN - Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri telah menyertai perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Sabah 1444H/2022M, pagi tadi.

Daerah Sandakan menjadi tuan rumah Sambutan Maulidur Rasul pada kali ini dengan menyaksikan perarakan sebanyak 122 kontinjen yang dianggotai seramai 5,019 peserta.

Sekitar pukul 8.00 pagi, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin, Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Seri Panglima (Dr.) Hajah Norlidah binti Tan Sri Datuk R.M Jasni, diiringi oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah dan Yang Amat Berbahagia Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag, memulakan perarakan terlebih dahulu.

Perarakan turut disertai oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Mohd Arifin bin Mohd Arif, Menteri Tugas-Tugas Khas, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah bersama dif-dif jemputan serta semua ahli kontinjen.

Semua kontinjen memulakan perarakan sejauh 2.0 kilometer bermula dari Padang Bandaran ke Dewan Masyarakat Sandakan.

Selesai perarakan sekitar 9.00 pagi, sambutan diteruskan di Dewan Masyarakat Sandakan dengan ucapan YAB Ketua Menteri dan perutusan perasmian oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Seusai itu, pengumuman dan penyampaian Anugerah Maulidur Rasul serta pemenang Pertandingan Sepanduk dan Kontinjen Terbaik.

BINGKISAN INTEGRITI YB SKN
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps