YAB Ketua Menteri telah menyerahkan replika kunci kenderaan tersebut kepada enam (6) wakil Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) iaitu Labuk, Karanaan, Lumadan, Nabawan, Sindumin dan Kiulu.
Turut hadir bersama dalam majlis ini, Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Datuk Matbali Musah, Pengarah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat.