Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

Sabah lancar minyak masak 'Sayang'

KOTA KINABALU: Sabah melancarkan produk minyak masak jenama 'Sayang' keluaran anak syarikat Sawit Kinabalu iaitu Kunak Edible Oil Sdn Bhd (KEOSB) yang akan dipasarkan tidak lama lagi.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, inisiatif pengeluaran minyak masak Sayang langkah untuk menangani masalah kekurangan bekalan minyak masak di negeri ini terutama di kawasan pedalaman.

Katanya, harga bagi minyak masak Sayang yang bersubsidi dijual RM2.50 sekilogram (kg) manakala, harga untuk yang tidak bersubsidi dijual RM13.20 dua kg dan RM31 bagi lima kg.

"Kapasiti Sawit Kinabalu untuk mengeluarkan minyak bersubsidi adalah 150 tan sebulan dan bagi minyak tidak bersubsidi sebanyak 100 tan sebulan.

"Kita harap dengan adanya tambahan pengeluaran minyak yang dibuat oleh Kumpulan Sawit Kinabalu ini, tidak ada lagi isu kekurangan bekalan minyak masak di pasaran.

"Sawit Kinabalu juga akan melantik ejen-ejen pemasaran untuk menjual minyak masak ini," katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Minyak Masak Sayang di sini hari ini.

Dalam pada itu Hajiji turut mengingatkan kepada semua ejen-ejen pemasaran yang dilantik supaya bertanggungjawab dalam memasarkan minyak masak Sayang di negeri ini.

"Saya harap jangan ada lagi pihak yang bertindak untuk menyeludup bekalan ke negeri lain.

"Sana jual...sini tiada bekalan. Diharap para peniaga yang dilantik supaya bertanggungjawab dalam soal ini," jelasnya.

Selain itu katanya, pengedaran bekalan minyak masak Sayang membabitkan seluruh kawasan di Sabah terutama di kawasan yang mungkin mengalami kekurangan bekalan seperti di pedalaman.

Menurutnya, sekiranya bekalan di Sabah lebih dari mencukupi, minyak masak Sayang mungkin boleh dijual ke negeri-negeri lain bergantung kepada keadaan memandangkan ia melibatkan soal perniagaan.

"Keutamaan kita lebih kepada Sabah, kita jaga dulu rakyat kita yang kekurangan bekalan minyak masak," katanya.

Ditanya signifikan pemilihan nama Sayang untuk produk minyak masak ini, Hajiji secara berseloroh berkata, memanglah sayang, kalau sayang...orang pun suka.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu Datuk Bacho Jansie berkata, KEOSB akan menjalin kerjasama dengan syarikat tempatan seperti Pasar Raya Sthamin dan beberapa ejen pemasaran.

Katanya, Sawit Kinabalu melalui satu lagi anak syarikat iaitu Kunak Refinery Sdn Bhd akan membekalkan minyak masak peket bersubsidi satu kg ke seluruh Sabah.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Sawit Kinabalu Datuk Rubin Balang; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong; Pengurus Besar Sedcovest Holdings Amir Karim; dan Pengarah Urusan Sthamin Busthamin Paita.

BINGKISAN INTEGRITI YB SKN
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps