Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

Seminar Pemantapan Penyediaan Jawapan Sidang Dewan DUN

27 Oktober 2022, Kota Kinabalu:  Seminar Pemantapan Penyediaan Jawapan Sidang Dewan DUN yang pertama kali ini adalah bertujuan memberi pendedahan serta pemahaman mengenai proses, isu pengurusan dan kaedah menjawab soalan dewan mengikut kehendak Peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri.

Seramai 219 orang terdiri daripada setiausaha-setiausaha tetap, ketua jabatan, pengarah bahagian serta pegawai perkhidmatan awam negeri menyertai seminar yang dianjurkan secara bersama Bahagian Pembangunan Kapasiti, JPAN dengan Bahagian Kabinet dan Dasar, Jabatan Ketua Menteri.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Seri Panglima Kadzim M.Yahya, Peguam Besar Negeri Sabah Datuk Nor Asiah Mohd Yusof, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran) Datuk Diyanah Abdullah, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Lee Chun Khiong, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JPAN Josie Lai mewakili Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, Pengarah Bahagian Kabinet dan Dasar Datuk Ridhwan Roger Linus, Pengarah Bahagian Pembangunan Kapasiti merangkap Pengerusi Penganjur Bersama Charles William Dabbi dan Timbalan Pengarah II Dewan Bahasa dan Pustaka cawangan Sabah Jennitah Noordin.

{Play} Klik untuk mendengar artikel

Slide
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps