27 Oktober 2022, Kota Kinabalu: Mesyuarat Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Denggi Bil. 1/2022 pada hari ini telah dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, YB DSP Sr Haji Safar bin Untong dan turut dihadiri Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, YBhg Datuk Dr Rose Nani binti Mudin.
Situasi semasa kes denggi di Sabah telah dibentangkan oleh YBrs Dr Abdul Marsudi bin Manah, Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Kawalan Penyakit Bawaan Vektor.
Mesyuarat ini penting bagi menyelaraskan penglibatan pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi berkaitan bersama Jabatan Kesihatan Negeri Sabah untuk mengawal dan seterusnya mengurangkan kes denggi di negeri ini.
Hadir dalam mesyuarat ini YBhg Datuk Hajah Diyanah Abdullah, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran), YBrs Dr Asits bin Sanna, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Bahagian Kesihatan Awam), Pegawai-Pegawai Daerah dan Pegawai-Pegawai Kesihatan Daerah.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah