Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

36 Ketua Isi Rumah Mangsa Air Pasang Terima Bantuan Wang Ihsan Bencana Alam

03 Januari 2023 - Kota Kinabalu: Seramai 36 Ketua Isi Rumah (KIR) Kampung Tanjung Aru Baru yang terjejas akibat fenomena air pasang besar menerima Bantuan Wang Ihsan Bencana Alam sebanyak RM1,000 setiap KIR, di Balai Raya kampung itu, hari ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyempurnakan penyerahan bantuan berkenaan kepada mangsa-mangsa terlibat dalam fenomena air pasang besar berlaku pada akhir Disember 2022 menyebabkan rumah kediaman mereka mengalami kerosakan dan ada juga yang roboh sepenuhnya.

Dalam pada itu, Hajiji turut mengumumkan tiga KIR yang rumah mereka roboh sepenuhnya akan menerima bantuan tambahan RM20 ribu daripada Kerajaan untuk membina rumah baharu. Manakala 33 lagi KIR yang rumah mereka rosak sebahagian besar akan menerima bantuan RM10 ribu.

“Dengan bantuan dan wang Ihsan itu kerajaan berharap dapat membantu mengurangkan sedikit beban mangsa-mangsa terlibat”, katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan rumah-rumah mangsa di Kampung Tanjung Aru Baru.

Ditanya mengenai perkembangan terkini mangsa bencana air pasang besar di Kampung Forest, Sandakan, Hajiji berkata, pihaknya masih menunggu laporan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana di daerah itu.

“Kita masih lagi menunggu laporan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana di Sandakan, ada beberapa pendapat di sana, salah satunya ialah mereka (mangsa) tidak mahu dibina rumah di kawasan tersebut, jadi sekarang kita sedang mencari satu kawasan yang sesuai.

“Setakat ini ada mangsa yang kita pindahkan sementara di pusat Program Perumahan Rakyat (PPR), kita tunggu dulu laporan itu baru kita boleh buat keputusan dan beri bantuan,” jelasnya.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyempurnakan penyerahan bantuan berkenaan kepada mangsa-mangsa terlibat dalam fenomena air pasang besar berlaku pada akhir Disember 2022 menyebabkan rumah kediaman mereka mengalami kerosakan.

Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir Shahelmey Yahya, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip, Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri & Penyelidikan, Datuk Ag Shahminan Datuk Ag.Sahari dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tanjung Aru, Mohd Reduan Aklee.

Slide
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps