Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

Projek Keluli Hijau bakal beri limpahan ekonomi di Sabah

30 November 2022 - Kota Kinabalu: Sabah Oil and Gas Development Corporation Sdn Bhd (SOGDC) telah memeterai perjanjian pajakan tanah dengan Esteel Enterprise Sabah Sdn Bhd (ESTEEL Sabah) untuk projek keluli hijau di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).

Pengerusi SOGDC, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, berkata projek keluli hijau itu adalah projek membabitkan tiga fasa dengan nilai pelaburan keseluruhan AS$4.39 bilion, dan pembinaan bagi fasa pertama dijadual bermula pada suku keempat tahun depan dan dijangka siap pada 2025.

Beliau berkata, projek itu bakal memberi limpahan ekonomi di Sabah, termasuk meningkatkan peluang pekerjaan dan memberi kesan positif sampingan bagi Sipitang.

"Sebanyak 10,000 sehingga 15,000 peluang pekerjaan diwujudkan dalam tempoh pembinaan.

"Syarikat ini turut menyasarkan untuk membangunkan keseluruhan rantaian keluli hijau, teknologi hijau untuk mengurangkan pelepasan karbon global antara tujuh hingga lapan peratus daripada jumlah pelepasan," katanya pada sidang media selepas majlis berkenaan, di sini semalam.

Majlis Menandatangani Perjanjian Pajakan Tanah di antara SOGDC dan ESTEEL Sabah turut disaksikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Abdul Rahman berkata, SOGIP akan menjadi penanda aras baru dalam pembangunan perindustrian di Sabah dan bakal menjadi destinasi pilihan pertama bagi pelabur di rantau Asia dan Asia Tenggara.

Slide
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps