Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

Kerajaan Negeri menerima Dividen RM152 Juta daripada 15 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Sabah dan 5 badan berkanun

30 November 2022 - Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri menerima sejumlah RM152,037,264.26 dividen bagi tahun kewangan 2021 daripada 15 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Sabah dan lima badan berkanun hari ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima dividen daripada GLC dan badan berkanun masing-masing di Bilik Danum, bangunan Dewan Undangan Negeri.

GLC Negeri yang membayar dividen ialah
  1. Petronas Dagangan Berhad (RM460,000),
  2. Suria Capital Holdings Berhad (RM230,400),
  3. Keningau Agro-Venture Sdn Bhd (RM1juta),
  4. FGV Holdings Bhd (RM 5,272,511.52),
  5. Sabah Electricity Sdn Bhd (RM 17,242,984.13),
  6. Progressive Insurance Berhad (RM6,183,770),
  7. Sabah Energy Corporation Sdn Bhd (RM9 juta),
  8. Sawit Kinabalu Sdn Bhd (RM 41,796,000),
  9. Borneo Development Corporation Sdn Bhd (RM174,897.61),
  10. Taman Perindustrian Kota Kinabalu (RM10 juta).
  11. Innoprise Corporation Sdn Bhd (RM2.608 juta),
  12. Desa Group Sdn Bhd (RM2 juta),
  13. Qhazanah Sabah Berhad (RM15 juta),
  14. Sabah Credit Corporation (RM17 juta) dan
  15. Sabah Development Berhad (RM20 juta).
Badan berkanun yang membayar dividen ialah
  1. Lembaga Perusahaan Getah Sabah (RM1.317 juta)
  2. Koperasi Kemajuan Luar Bandar (RM1juta),
  3. Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (RM1juta),
  4. Safoda (RM70,000) dan
  5. Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah (RM681,365). 
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Datuk Rosmadi Sulai dan Setiausaha Tetap Kewangan Datuk Sofian Nair.

Slide
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps