Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

210 geran tanah diagihkan, 12 kampung diwartakan sebagai rizab kampung 

01 November 2022 - Kiulu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor menyampaikan hak milik tanah seluas 327 ekar kepada 210 penerima di bawah Program Khidmat Tanah Adat Anak Negeri Sabah (Pantas) di sini hari ini.

Ketua Menteri turut menyampaikan warta rizab kampung kepada 12 kampung seluas 205.6 ekar yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (GRS-BN).

Kampung tersebut ialah Kampung Nadau, Bayag, Tiku, Logub, Lingga Baru, Parad, Gonipis Lama; Lingga, Poturidong , Mongkonihab, Tiong Tomburung dan Sukang Baru.

“Kerajaan Negeri mengambil perhatian akan keperluan rakyat dan komited untuk mengeluarkan hak milik tanah kepada seberapa ramai rakyat di Sabah kerana ini melibatkan mata pencarian rakyat tanpa mengira kaum, agama dan ideologi politik. Program Pantas telah dilaksanakan sejak 2011 dan diteruskan oleh Kerajaan GRS-BN,” katanya di Dewan Masyarakat Kiulu.

Terdahulu, Hajiji merasmikan majlis pecah tanah bangunan baharu Pejabat Daerah Kecil Kiulu sebelum menghadiri taklimat pembangunan oleh Penolong Pegawai Daerah, Justin Ginduk.

“Tahniah kepada penduduk Kiulu kerana pejabat mukim adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu,” katanya.

Pada masa ini, Pejabat Daerah Kecil Kiulu menggunakan kemudahan di Dewan Masyarakat sebagai urusetianya.

Memandangkan keperluan itu, Ketua Menteri tidak teragak-agak meluluskan RM5 juta bagi pembinaan bangunan baharu Sekretariat Daerah Kecil Kiulu di tapak seluas 2.5 ekar bersebelahan Dewan Masyarakat.

Beliau berkata, masyarakat di sini tidak perlu lagi ke Pejabat Daerah Tuaran atau Pejabat Daerah Kecil Tamparuli untuk melakukan dokumentasi seperti mendapatkan cop Pesuruhjaya Sumpah atau menjalankan urusan rasmi kerajaan kerana ia kini boleh dilakukan di Pejabat Daerah Kecil Kiulu.

Begitu juga dari segi projek pembangunan, Pejabat Daerah Kecil Kiulu kini boleh memproses dokumentasi seperti Bill of Quantities (BQ) dan skop kerja lain.

Malah, katanya, Pejabat Daerah Keci“Ini adalah aspirasi Kerajaan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua rakyat termasuk di Kiulu,” katanya sambil menambah, pembinaan pejabat mukim itu juga menjadi bukti Kerajaan Negeri peka terhadap keperluan rakyat.

Kiulu, katanya, terkenal dengan produk ekopelancongan dengan 70 pengusaha pelancongan swasta dan komuniti yang berdaftar dengan Persatuan Pelancongan Kiulu.

Kiulu juga merupakan pengeluar padi bukit, nanas, getah, koko, lada hitam dan ikan melalui sistem Tagal.

“Kekuatan Kiulu melengkapkan teras pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya Kerajaan Negeri dalam sektor pelancongan dan pertanian untuk memacu pertumbuhan ekonomi kita,” katanya.

Hajiji juga meluluskan permintaan penduduk kampung Kiulu untuk jambatan rasuk tinggi untuk Nulu-Mantob serta pembinaan dan naik taraf beberapa jalan.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Datuk Rosmadi Sulai, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar Datuk Norlijah Danin dan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Datuk Sr Bernard Liew.l Kiulu boleh terus mengemukakan permohonan peruntukan projek kepada badan berkaitan.

Slide
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps