11 Januari 2023 - Kota Kinabalu: Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Jemaah Menteri baharu Kerajaan Sabah di Istana Seri Kinabalu, di sini, hari ini.
Ahli Jemaah Menteri baharu Kerajaan Sabah mengangkat sumpah adalah Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang juga Adun Api-Api, Datuk Christina Liew, Phoong Jin Zhe daripada DAP (Luyang), dan James Ratib daripada Barisan Nasional (Sugut).
Ketiga-tiga Adun berkenaan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan kemudian menandatangani surat sumpah jawatan masing-masing disaksikan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Datuk Ismail Brahim.
Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, Timbalan Ketua Menteri ll Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, Timbalan Ketua Menteri III Datuk Dr Joachim Gunsalam dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Seri Masidi Manjun juga Menteri Kewangan II negeri.