10 Mac 2023 (Jumaat) - Kota Kinabalu: Ahli Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Sabah diseru mendalami konsep Malaysia Madani sebagai usaha murni dalam perkhidmatan kepada rakyat.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong berkata, kelebihan wanita yang sentiasa mencurahkan kasih sayang, mengekalkan akhlak mulia, memastikan diri dan keluarga sentiasa sihat, sentiasa meningkatkan ilmu dan memelihara keharmonian masyarakat adalah sejajar dengan konsep Madani yang dihasratkan oleh Kerajaan.
“Agenda Malaysia Madani ini diperkenalkan bagi membina sebuah negara bangsa yang tertegak berteraskan enam rukun Madani iaitu Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan.
“Setiap ahli PUSPANITA haruslah berupaya untuk membantu Kerajaan menginsankan penyampaian ataupun Humanizing Service Delivery kepada masyarakat sebagai usaha untuk menyokong rukun teras kepada Malaysia Madani.
“Usaha ini adalah demi melahirkan masyarakat bersifat ihsan, peduli dan boleh merasa keperitan orang yang kurang berkemampuan serta perlu diberikan pembelaan sepenuh hati.
“PUSPANITA perlu lebih peka dengan golongan masyarakat yang memerlukan melalui penganjuran aktiviti-aktiviti berorientasikan kemanusiaan, kebajikan dan berbentuk amal,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-40 PUSPANITA Cawangan Sabah di sini, kelmarin.
Safar yang juga Penasihat PUSPANITA Cawangan Sabah berharap agar persatuan itu akan terus berdaya saing sebagai ejen pemerkasaan wanita pada masa hadapan dan terus melakar lebih banyak kejayaan.
Sementara itu, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Sabah, Datin Seri Dr. Nuinda Alias menjelaskan, setakat 28 Februari lalu, keahlian PUSPANITA di negeri ini adalah seramai 8,186 orang dan 485 aktiviti telah dijalankan sepanjang tahun 2022 di peringkat negeri dan daerah.
Turut hadir, Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Makhzan Mahyuddin dan isteri, Datin Roslaini Mohd. Nazar, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri, Datuk Datu Rosmadi Datu Sulai dan isteri, Datin Faridah Jaafar.