Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

Mesyuarat Jawatankuasa Antirasuah (JAR) Peringkat Negeri Bilangan 1 tahun 2023

09 Mac 2023 (Khamis) - Kota Kinabalu: Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong telah menghadiri dan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Antirasuah (JAR) Peringkat Negeri Bilangan 1 Tahun 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 28, Menara Kinabalu pada hari ini.

Ahli-ahli yang hadir dalam mesyuarat ini termasuklah YBhg. Datuk Datuk Nor Asiah Binti Mohd Yusof, Peguam Besar Negeri Sabah, YBhg. Datuk Karunanithy a/l Y.Subbiah, Pengarah SPRM Sabah, YBhg. Datuk Hajah Diyanah Abdullah, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran), YBhg. Datuk Dr. Ahemad Sade, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), YBrs. Puan Dg. Noorashikhin Zulkefli, Ketua Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah, Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian.

BINGKISAN INTEGRITI YB SKN
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps