Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

Setiausaha Kerajaan Negeri Menyediakan Kotak Sumbangan Kuih-Muih Hari Raya Untuk Anggota Keselamatan dan Petugas Kesihatan

29 Mac 2023 (Selasa) - Kota Kinabalu: YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong pada hari ini telah bersama-sama mempersiapkan kotak sumbangan kuih raya untuk anggota keselamatan dan petugas kesihatan yang akan diserahkan dalam satu majlis penyerahan pada 06 April 2023 nanti.

Hadir bersama dalam aktiviti ini, YBhg. Datuk Nor Asiah Binti Mohd Yusof, Peguam Besar Negeri Sabah, YBhg. Datuk Datu Rosmadi Datu Sulai, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, YBhg. Datuk Haji Ag. Shahminan Datuk Ag. Sahari, Setiausaha Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, YBrs. Puan Dg. Noorashikhin Zulkefli, Ketua Penolong Setiausaha Kanan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri serta kakitangan yang terdiri daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan.

Sebanyak 26 kotak sumbangan dan 13 replika sumbangan telah disediakan untuk majlis tersebut yang akan berlangsung pada 06 April 2023 nanti.

Penyertaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dalam acara ini adalah julung kalinya disertai dalam acara seumpamanya.

Slide
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps