Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

Lebih 20,000 orang hadir Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri kerajaan Sabah

30 April 2023 (Ahad) - Kota Kinabalu: Lebih 20,000 tetamu hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah yang diadakan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah R.M Jasni yang tiba pada pukul 11.35 pagi.

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terdahulu tiba di SICC pada pukul 11.15 pagi, serta Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datuk Seri Juliah Salag.

Juhar, Anwar dan Hajiji serta barisan kepimpinan kerajaan negeri seterusnya meluangkan masa bertemu serta beramah mesra dengan rakyat yang hadir pada rumah terbuka itu yang menghidangkan pelbagai sajian serta persembahan.

Sementara itu, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Rumah Terbuka negeri Sabah ketika ditemui pemberita berkata 50 gerai telah disediakan kepada pengunjung yang hadir.

Beliau berkata program rumah terbuka itu mendapat sambutan yang menggalakkan, dengan kehadiran rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat terus membanjiri SICC sepanjang acara berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 2 petang.

Perdana Menteri juga turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Ketua Menteri dan kerajaan negeri atas kejayaan penganjuran Rumah Terbuka negeri Sabah.

"Tahun ini istimewanya sambutan dapat diadakan secara terbuka berbanding sebelum ini kerana pandemik," katanya.

Tetamu yang hadir juga turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian lagu Hari Raya daripada artis tempatan Sabah, penyanyi serta pelakon Marsha Milan dan Datuk Ramli Sarip.

Pelbagai juadah antaranya rendang, kolupis (nasi bungkus dengan daun), laksa, mi kari, biskut raya, kek, serta minuman disediakan untuk para tetamu yang datang.

- BERNAMA

BINGKISAN INTEGRITI YB SKN
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps