Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran isteri, YBhg. Datin Seri Panglima Datuk Dr. Hajah Nuinda binti Haji Alias.
Turut hadir dalam majlis ini adalah Mufti Negeri Sabah, Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan dan kakitangan agensi yang bertugas di bawah Jabatan Ketua Menteri.
Sejurus selepas berbuka puasa, hadirin bersama-sama menunaikan solat tarawih dan seterusnya menyantap hidangan mohreh yang telah disediakan.