Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Projek Pembangunan Negeri Bilangan 1 Tahun 2023

10 Mei 2023 (Rabu) - Kota Kinabalu: Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Untong telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Projek Pembangunan Negeri Bilangan 1 Tahun 2023 yang telah dihadiri oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai, Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian berkaitan dan beberapa ketua jabatan.

Mesyuarat siri tahunan ini adalah bertujuan untuk memantau status projek-projek pembangunan negeri yang telah dirancang dan seterusnya mengambil tindakan wajar terhadap sebarang keperluan berkaitan.

Mesyuarat telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Slide
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps