Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya, Pengarah Bahagian Kabinet dan Dasar serta Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Sabah Maju Jaya

11 Ogos 2023 (Jumaat) - Kota Kinabalu: Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri telah menyerahkan empat (4) watikah pelantikan kepada empat (4) Ketua Jabatan di pejabatnya hari ini.

Dalam majlis tersebut, YBhg. Datuk Zainuddin Aman dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri yang baharu. Manakala mantan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai pula dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sekretariat Sabah Maju Jaya.

Turut menerima watikah pelantikan, YBhg. Datuk Ridhwan Roger Linus yang dilantik sebagai Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Sabah.

Watikah pelantikan jawatan Pengarah Bahagian Kabinet dan Dasar, Jabatan Ketua Menteri juga telah diserahkan kepada Pengarah yang baharu, Puan Dayang Noorashikhin binti Zulkefli.

Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Nor Asiah Binti Mohd Yusof, Peguam Besar Negeri Sabah, YBhg. Datuk Hajah Diyanah Abdullah, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran) dan Datuk Dr. Ahemad Sade, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan).

Slide
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps